Ahad, 29 Jun 2014

Tefal Cookware


Akhirnya dapat jugak aku beli kuala ni seperti mana yang aku nak ada penutup dan pemegang @ tangkai. Oleh kerana pilihan pertama agak besar dan berat dan!!! macam ramai sangat pulak keluarga aku yang 2 kerat ni kan. So tefal jadi pilihan, Alhamdulillah memang betul la, "alah membeli memang memakai". Rasa selamat semasa memasak, tak melekat dan tak la hangus kalau tinggal kejap pun.

Sebenarnya terlintas untuk beli kuali macam ni sebab bila dah berpindah dan anak ada bersama mestilah aku selalu memasak. Oleh kerana kuali yang biasa aku guna walaupun cantik kuali murah je agak nipis dan bila memasak memang tak boleh tinggal, cepat menghanguskan lauk pauk yang aku masak. 1 lagi bila kuali basah nak keringkan kuali tu tak tahan dan permukaan jadi tak rata dan akhirnya menyebabkan minyak terpercik.... Sebab itu aku berfikir apasalahnya beli yang mahal dah memang aku selalu memasak, tak rugi apa pun.... Mahal memang mahal tapi seronok rasanya semasa memasak... huhuhuhu.....

Bila nak puasa kuat pulak keinginan untuk mendapatkannnya, alhamdulillah tercapai hajat dihati. Terasa nak beli beberapa bentuk yang lain pulak sebagai koleksi, terasa aku jatuh hati pulak dengan TEFAL... In syaa Allah ada rezeki beli lagi....



sepadan dengan dapur aku yang kelabu!!!!!!!! 

2 ulasan:

  1. Saya beli kuali vantage yang serbaguna tu..harga RM159 campur duit pos RM10 ...tapi malas nak guna sebab berat...

    Kuali Tefal ni berapa harganya Idah?? Cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni 139 misah pejam mata je beli...... ikut kan memang tak akan beli, mahal giler orang kata, tapi bila dah beli baru rasa berbaloi-baloi..... comel je!!!

      Padam