Selasa, 29 April 2014

Kecoh sekampung


Kecoh!!!! memang Kecoh, 1 cawangan tempat aku ni bila aku melaram, riuh sekampung, kalau aku pakai baju yang bukan baju kurang @ senang cerita catting. Mak ai dia orang, jakun betul. Wal hal kat opis ni artis bukan main bergaya sakan, seksi bagai. Aku kalau setakat nak tunjuk heba, nak tunjuk cantik, nak tunjuk bagus memang tak la.Sebenarnya aku kalau p opis, simple je. Berbaju kurung. Lipstik pun tak pakai hahahaa. Malas la, yang penting anak terurus.  apa pun keadaan asyraaf la yang lebih penting. Sebab tu aku simple je.






Aku baru beli baju ni, pink kan warna yang aku suka, pink bermaksud manja, ceh!!!! kononnya. Ganas!!! tak sedo hahaha. Jadi aku tengok camam cantik je, macam cantik je kan hahahaha Aku pun dengan selamba pakai la p opis, batu t-shirt jer hahaha. 

Tapi ramai pulak yang terbekenan, hak aloh, dalam hati aku cakap, aku pakai baju t-shirt jer murah pulak tu. Itu pun sebab selalu out station so aku memang nak banyakkan koleksi t-shirt khususnya yang lengan panjang, malas nak pakai inner, ini le itu le... lemas pakai berlapik2 ni, lengan panjang senang. 

Aku memang teruja nak pakai baju ni, sebenarnya ada 2 pilihan, ada 1 long dress, macam nak pakai, tapi macam beriya jer, nak p kerja ke nak p fesyen show huhuhuhu kan..... jadi pakai je la baju ni simple je sebab musababnya tak ya iron baju hehehehe. orang rajin macam ni ler.

Eh!!!! ada jugak yang suruh aku pakai macam tu @ cantik2 kononnya. Eeeemmmm aku ikut mood, baju cantik banyak tapi tu le entah bila nak pakai. Beli rajin pakainya malas... Segan la nak p opis melaram. Walaupun ada yang kata "sekarang le pasang badan", tapi aku ni macam ni ni ada aku kisah dengan orang, kalau dia orang nak ironkan baju boleh la hehehehe

Tapi dia orang memang suka menyakat aku. Aku pulak rajin melawan hehehe.... ida kan kalau tak menjawab bukan anak pak usin le namanya. Kalau tak kecoh bukan aku, kalau tak menyanyi bukan aku le jawabnya. ada2 je la..... Bak kata rakan seangkatan, sape kawin dengan aku tak ya beli radio, aku nyanyikan je hahahahahah.... memang poyo.... Apa yang penting happy.

2 ulasan:

  1. badan comel lote, mmg padan la pakai baju tu idah...kalau saya pakai dah macam sarung nangka..badan dah gemok la katakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau awak boleh pakai pun rasanya shah tak kasi kot hehehehe.... biasa la misah tak de org marah nak pakai apa pun ikut suka hati, ini pun kadang2, jarang saya melawa p opis yang penting Asyraaf terurus

      Padam