Isnin, 3 Februari 2014

Hidup Baru

ini ajelah yang ada buat masa ni

Dah sebulan aku tinggal di rumah baru Alhamdulillah semua telah di kemas, hanya 1 plastik hitam je tinggal yang mane dalamnya berisi cadar, selimut dan alas2 meja. Semua tu nak kene basuh dulu sebab tak bersih, memang sengaja di tinggalkan tak disusun, tempat dah ada, cuma kene bersihkan dulu jer.


Sebenarnya aku di Putrajaya ni baru memulakan hidup yang baru , tempat kerja, bidang tugas @ kerja, rumah. Begitu jugak Asyraaf, bujang senang aku yang bertuah sorang ni. Rumah dan sekolah baru, kebetulan sekolah dia pun memang baru hanya darjah 1 hingga 3 jer..... dan nasib baiklah aku sekolahkan disini 18 (2) balik cepat, 18 (1) balik lambat. Aku pindah dan terus tinggal di kuarters pada 30/12/13 bersama anak dan mak pun ikut sekali, sementara je seminggu mak da nak balik.


ruang lapang itu untuk meja makan..... tungguuuu!!!! 

Bila kata hidup baru je!!! banyak benda yang masih tak sempurna, terutama sekali kelengkapan rumah... Memang banyak barang tak ada, freezer, washing machine, meja makan, katil, nasib baik tempat sidai baju dan kabinet dapur dah ada tak ya fikir nak beli, begitu jugak dengan almari baju ada 4 pintu telah disediakan di master bedroomRumah memang nampak luas sebab x de barang. Buat masa sekarang membasuh baju guna tangan je, tidur pun bentang toto, dah biasa mcm ni. 

Kesian kan... bukan senang nak bangkit untuk bina hidup baru dengan segala kos di tanggung sendiri... Kos semasa itu sudah semestinya, kos tak di jangka pun kene siap sedia. Apa pun In Syaa Allah, Rezeki dari Allah tu tetap ada untuk aku cukup makan pakai anak beranak sedari dulu lagi. Nasib baik anak aku tak pernah tanya dan mintak apa2 yang bukan2 di luar kemampuan.



dapurku syurgaku hehe.......



Pada aku yang penting sekali dalam rumah mesti ada dapur dan barang asas masakan seperti beras, bawang putih & merah, Ikan bilis, minyak, garam, gula, susu, telur dan yang wajib teh mesti ada, aku nak minum teh tarik hehehe dan sebagainya yang dianggap penting... Kalau sayur dan lauk pauk tak de, x de masalah masak je nasi goreng, selesai la untuk alas perut.. kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. kan!!!! 


dapur la yang complete freezer aje lom ada lagi...


Sekarang ni apa yang ada tu barang @ perabut lama, sofa & kabinet TV dari muar , side table and chairs masa aku masih bujang lagi, ini le paling lama. Cuma, almari baru 3 pintu, copy table & TV je baru sikit, itu dibeli masa rumah duduk di rumah sewa kat Tangkak. Freezer lama dan meja makan tinggal kat umah mak, aku nak beli baru.


guna aje apa yang ada, lagi pun tak rosak 

Buat masa sekarang aku merancang untuk membeli ikut keperluan terpenting, semua ada dalam senarai, tetapi beli atau tidak itu belakang kira. Memandangkan aku tak pandai berjalan untuk beli perabut dan barang elektrik, idea aku fokus  Aeon Big je disitu pun ada jual jugak tapi untuk elektrik la. Aku dah tengok freezer kat situ, dan berkenan pun, tunggu la da dapat gaji baru memang freezer la yg aku beli... itu le paling utama, sekarang ni agak susah sikit sebab barang basah tak de tempat nak letak, beli sardin je la, beli sayur pun yang boleh tahan lama mcm kobis, kacang panjang.



checklist untuk aku..hahahaha..... untuk elak terbeli apa yang tak patut...

Bagi perabut pulak, aku nak servay banyak kedai dan pilih mane yang bagi pilihan yang terbaik dengan harga yang berpatutan... perabut yang penting aku nak beli meja makan dulu, kemudian bedroom 1 set, meja belajar anak, kalau ada lebih baru la fikir yang lain2. Dari servay tempat banyak pilihan jual perabut di Seri Kembangan. Kalau beli beberapa item mesti dia bagi kurang.... harap2 mcm tu la.

Aku sebagai ibu dan pernah kecil dengan keadaan hidup yang tak sempurna dan serba kekurangan dulu.., teringin nak buat anak rasa selesa, bukan la nak senang lenang, tapi cukup la keperluan supaya dia tak rasa rendah diri dengan kawan2 yang lain. Mula2 kat Putrajaya 

Buat masa sekarang ala kadar je, yang penting sekali cukup makan. Alhamdulillah...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan