Rabu, 22 Januari 2014

Bubur Nasi


Bahan :

Untuk bubur

1. Segenggan beras
2. sedikit garam

Lauk :
1. Ikan bilis belah dua (banyak ikut suka)
2. Bawang besar potong bulat (banyak ikut suka)
3. Halia di potong halus (jika mahu)
4. Kicap secukupnya.
5. MInyak untuk menggoreng.

Caranya :

Bersihkan beras dan masukkan air separuh periuk dan masak dengan api yang sederhana. setelah air surut masukkan lagi air agar bubur menjadi hancur. 

Bagi lauk pula, mudah saje panas kan minyak, kemudian goreng ikan bilis sehingga garing, selepas itu masukkan bawang dan halia. Selepas beberapa ketika masukkan kicap, banyaknya ikut suka tukang masak, tapi jangan terlalu banyak nanti masin. Selepas kicap mesra dengan bawang dan lain-lain, siap sudah masakan. 

Menu yang sangat simple, sesekali makan, permintaan dari bujang senang yang tak sihat, selsema dan batuk, layan je la. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan