Jumaat, 21 Jun 2013

Inilah dia.......

Selesai sudah tugas di langkawi, dah lepas malas nak fikirkan sangat, dan lebih penting kesihatan aku ni semakin teruk diserang sakit kepala, aku cuba untuk tidak memikirkan permasalahan sangat, tapi tetap berfikir, tentang kerja, sikap manusia, tentang anak dan kewangan.


Macam2 hal, bila tak keluar rasa nak keluar bila dan keluar banyak pulak perkara yang tak diduga berlaku. Daripada masalah  kenderaan lambat masuk ke Pulau Langkawi, urusan kenderaan ke kastam untuk di bawa ke Kuala Kedah semula, kenderaan rosak, show di tunda, show dibatalkan, urusan di Daerah, sikap manusia sehingga kesihatan aku yang masih tak stabil hingga kini.

Baru lah aku tahu sekarang apa permasalahan di sini, macam2 perangai, tak bersefahaman, bodek, kutuk mengutuk, aku pun kene kutuk, yang paling aku sakit hati pemandu miang lagi tak sedar diri, cuba buat perangkap dengan pelbagai soalan, memang tak sedar diri, muka buruk, perangai buruk, akhlak pun buruk, dia ingat aku siapa. Malas aku nak layan, kalau ikutkan hati memang aku nak sumpang seranah jer, tapi tak pe hari ni hari dia, tunggu bila aku dah keluar taring, bila aku dah ada kuasa disini, jangan harap la aku letak nama dia dalam show dengan aku.

Cakap berlagak sangat, pergi la cari side income lain, clem jabatan sikit kan..... memang aku nak ajar orang macam ni. Dia ingat aku macam artis, petik jari boleh dapat, sekarang artis pun pandai memilih. 

Itu baru cerita pasal lelaki gatai!!! belum lagi pasal aku di sabotaj @ dipinggirkan, aku pun tak kisah sikit pun aku tak ambil hati. Tapi apa yang aku fikir macam mana pegawai atas daripada aku boleh buat aku macam ni, mana sifat kepimpinan dia aku seorang perempuan, jangan kerana benci dan sakit hati pada orang lain aku jadi mangsa. Akhirnya show batal.

Lain ceritanya untuk show malam kedua, cuaca memang tak menentu hujan panas sahaja di Langkawi ni, ini pun bermasalah tentang lokasi, setelah OC aku berbincang, selesai semuanya dan krew membuat persiapan, hujan turun renyai, tak sempat jam 9, angin kuat dengan hujan gerimis, khemah ditiup angin macam nak terbang, aku2 sekali duk tahan khemah supaya tak diterbangkan angin, maklumlah lokasi dipilih memang betul2 tepi laut, sekali angin datang, pukul terus tanpa halangan. Sebagai langkah berjaga-jaga show dibatalkaan juga. Harta kerajaan tu sangat tinggi nilainya kalau rosak memang jenuh nak menjawab, silap2 kene tanggung kos tu.

Alhamdulillah untuk show terakhir dapat dilaksanakan di kem PLKN Seri Negeri Langkawi, semua berjalan lancar, show pun dapat dilaksanakan dengan jayanya, keperluan yang di mintak diberikan kerjasama memang sangat memuaskan dari pihak PLKN, manakala PPD Langkawi pun dapat jumpa untuk show terakhir. Tapi habis show hujan gerimis. Yang aku lucu ada orang yang tak boleh bercakap dengan aku, bercakap dan tegur aku, mengajar aku, it's OK lah aku ingat apa masalah dia, macam ayam berak kapur.

Keesokkan harinya, semua kenderaan masuk ke jeti Limbong untuk kenderaan dibawa ke Kuala Kedah, pertama kali bagi aku, menguruskan benda2 ni semua, aku OK jer walaupun tak sihat. Selesai urusan aku memerap dalam bilik sampai ke esokkan harinya.

19hb semua bergerak pulang dari hotel krew dibawa menaiki bas ke Jeti Langkawi, sampai ke Jeti Kuala Kedah semua beransur pulang, lege kepala. Siapa sangka!!!! dalam perjalanan lori P.A. pulak rosak, masyakAllah, ingatkan da boleh sampai cepat ke Putrajaya, sangkut lagi..... nasib baik pemandu aku tu tau workshop maklum le tempat dia. Sampai je pomen tengok lori tak boleh siap segera, jawabnya kene tinggal. nasib baik, kita orang lom jauh, pemandu tu naik le dengan kita orang sekali. Lepas beberapa KM, pomen pulak call lori tak lepas tak de reset tol, semua kenderaan guna toucn and go... wah!!!!! 1 hal kene patah balik. macam-macam hal lah!!!!!..... Ini lah kerja dan tugas baru aku.

Aku tau, tanggungjawab aku lebih besar daripada kawan2 yang lain, mereka semua patut bersyukur, dapat naik pangkat dan masih bersama keluarga, malah tugas tak berat manapun, berbanding aku yang terpaksa pikul tugas berat. Walaupun orang pandang aku macam best je kije kat sini, clem lebat, tapi pada aku, semua tu tak penting, kalau diberi pilihan antara anak dan duit, aku pilih untuk beri perhatian pada anak. Rezeki yang Allah berikan pada aku sudah cukup buat aku bersyukur. Inilah dia pengalaman, pengetahuan dan pengajaran.......... yang belum tentu orang lain hadapi.

Dalam keadaan huru hara sempat la jugak aku belajar makan makanan utara "pulut durian", first time la ni, baru aku tau, orang lain mungkin la tau, tapi aku memang tak pernah tau hahahahaaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan