Ahad, 27 Januari 2013

Cuti Yang Dinanti


Sebenarnya cuti la masa untuk rehat, mana tidaknya, waktu kerja sama dengan waktu anak bersekolah, memang penat hantar ke sekolah keb. balik jemput, p mkn kat warong mak, balik umah tukar baju sekolah agama pulak, kalau sempat je dia mandi, balik sekolah agama, hantar mengaji pulak, aku balik kerja, jemput pulak balik mengaji sekali.





Asyraaf balik sekolah tak sampai malam kadang2 petang dia dah mengantuk, tertidur, kalau dah tidur memang payah di kejut, da faham da!!!! dia mesti mandi selepas balik sekolah, tak boleh tunggu2, nanti dia tidur. 



Aku pulak balik kerja da memang ke dapur dulu, tak boleh lambat masak, Asyraaf dah mesti le lapar, aku pun sama, perut da menyanyi lagu rindu,lagu... lagu apa entah m.nasir dengan mawi tu...hu..hu...hu.... paling best, siap masak asyraaf terus makan, tak reti2 nak cakap dengan ibu dia, yang dia nak mkn, nasib baik la aku faham, pesan je la baca doa, asalkan dah dengar dia baca doa tu, makan je la sorang2. Sedih juga sebelum ni makan sama2, lepas magrib, tapi kesian... biar je la... yg penting dia ingat apa yg aku pesan.

Lepas masak, basuh baju pulak, hari2 nak basuh baju sekolah dia, kotor sana sini, malu aku nak pakaikan baju kotor, macam anak tak ber ibu pulak, pakaian dia  mesti bersih, mesti iron. Tapi kadang2 aku tak larat aku tengok baju ok lagi aku iron jer, huhu. 

Malam sikit lepas sidai baju, lepas makan, kemas dapur semua sattle, aku akan iron baju dia pulak, jugak baju aku, tak siap lagi tugas, kemaskan bes sekolah ikut jadual. Duit Sekolah, Botol air berisi dan penuh, semua keperluan untuk esoknya selesai baru selesa untuk aku lelapkan mata.


Sebenarnya bukan mudah bekerja dan menguruskan anak, fuh!!!!! sungguh aku terasa penat 24 jam semacam tak cukup untuk aku lakukan semuanya, sampaikan rehat dan tidur aku pun tak cukup. Semakin besar anak, semakin itu rasa tercabar dengan karenak anak, malah usia pun semakin meningkat.


Dalam keadaan rasa yang cukup sesak di dada, kepenatan tak terhingga, aku rasa seronok lakukan semua ni, hehe... seronok tengok bila  Asyraaf seronok ke sekolah, emm... kalau aku anak orang senang tak kerja pun tak pe, uruskan anak aku sendiri dari A-Z, makan minum dia pun terurus dan seimbang, berbanding sekarang makan aje apa yang ada, asalkan perut berisi, mana mampu aku nak masak pagi2 buta, sedang aku kepenatan tak cukup tidur, sebab tu petang aku masak untuk dia, ada lauk ada sayurnya, makanan seimbang untuk keperluan badan.





Mudah2an usaha dan pengorbanan aku, menampakkan hasil tak lain tak bukan cukup dia berjaya dalam hidup dunia akhirat, InsyakAllah, amin!!!! Tapi jika lebih dari itu Alhamdulillah. Kerana itu aku tak kisah pasal penat lelah, dah memang tanggungjawab, yang penting mudah2an dia besar dia tahu ibu dia bersusah payah, membesarkan dia, sekolahkan dia dan cuba mengajar apa yg terbaik untuk dia, malah cuma memenuhi apa yang dia inginkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan