Isnin, 31 Disember 2012

Tahun Baru 2013



Aku ingatkan tahun 2013 ni aku dah berpindah ke tempat lain, tapi dengar2 selepas PRU, aduh!!!! pening juga kepala nak hadap PRU ni, mlm2 ada ceramah pembangkang lagi. Hati aku dah tak de di sini lagi da ni, macam2 cara aku memujuk hati untuk tugguuuuu lagi. Perasaan macam ni la buat aku rasa macam nak "mufarakah" seperti kata pengarah. Tapi saboooo je la...

Macam semalam, Mesyuarat Maulidur Rasul, tiba2 pulak D.O. suruh duduk kat meja bersama dia dan ketua2 jabatan yang lain, masih membincangkan mengenai P.A. sistem, nak seperti semasa Kembara Mahkota Johor di Kesang, memang gah!!! bantuan daripada N9. Aku cakap je nanti bincang dengan bos cuba usahakan. Aku dah tak tahan, sepatutnya JAV yang boleh pergi untuk menerangkan apa yang ada di Daerah ni, kalau aku, mana le aku tahu. Aku dah tak larat nak jawab dan jadi orang tengah, sebab bila tak berjaya aku dipersalahkan, tak adil pada aku, tugas aku tukang cakap jer, cukup le aku bentang laporan untuk mesyuarat keselamatan daerah, semua ni kene ada jawapan jika ada persoalan, jawab di hadapan ketua2 jabatan pulak tu, entah2 aku sorang je S17 dalam meeting tu, terasa malu, walaupun aku dikenali hampir semua ketua jabatan. 

Niat dan Azam aku tahun ni nak bekerja bersungguh2, dan nak buktikan pada ketua aku yang baru bahawa aku seorang yang boleh buat kerja. Tapi aku masih disini, terasa sedikit kecewa.

Aku tahu ada orang mempertikaikan bagaimana aku boleh dapat jawatan baru ni. Jawapan aku mudah je, panel lebih arif menilai dan membuat keputusan, jika aku tak layak jangan kata dapat, calon menunggu pun tak dapat jugak. Walaupun aku kurang di mata seseorang tapi masih banyak mata-mata yang lebih adil untuk menilai, jangan kerana 1 faktor menyebab aku tidak layak sedangkan tugas di Daerah terlalu banyak dan pelbagai, aku sedaya upaya laksanakan tugas yang diarahkan. 

Tanya la pada setiap pengerusi K1M, bagai mana aku di mata mereka, tanya la tentang aku dengan ketua-ketua jabatan dan tanyalah pada anggota Pejabat Daerah dan Pejabat tanah bagaimana komitmen yang aku berikan kepada mereka. Aku akan pastikan mereka akan rasa kehilangan apabila tiaa aku, kerana bukan semua orang seperti aku, yang sentiasa akur dan tenang menghadapi apa jua tugas yang diarahkan. Hubungan aku dengan anggota pejabat daerah pun sangat baik, dan macam pejabat kedua aku, mana tidaknya asyik bermesyuarat je..

Mungkin aku lemah dalam penyediaan laporan, tapi bukan bererti gagal 100%, ada juga yang aku buat, mengikut masa, tetapi dalam melaksanakan aktiviti, di mana2 pun akan ada aktiviti, bagai mana menguruskan aktiviti, persediaan mengadakan aktiviti, dari persiapan mesyuarat dan perlaksaaan aktiviti, aku cukup yakin aku boleh, kerana aku belajar dari menghadiri mesyuarat yang pelbagai dan bagaimana pengurusan sebuah majlis itu, kerana aku terlibat secara langsung dalam mengacarakan majlis, perlu ke laporan itu semua yang rata2 banyak yang palsu. 

Dalam istilah kerja di zaman milinium ni, bodek membodek adalah kerja lapuk, sekarang banyak perkara perlu tahu antaranya ICT, kalau dulu sebelum bekerja di jabatan sekarang aku memang akui, aku manusia yang jahil. Tetapi kini aku sebaris dengan sahabat yang lain, yang mana rata2 mereka berpendidikan lebih tinggi daripada aku. Kalau di sebut web sosial, bukan setakat FB dan twitter sahaja, ada lagi yang lain, blog dan selain email yang bukan jabatan punya sahaja. 

Pada aku manusia tak sempurna, apa yang penting dalam melaksanakan tugas perlu ada keikhlasan, dan kesungguhan selain seronok bekerja. Bukan mengejar ganjaran, pangkat dan nama semata-mata. Orang sekeliling memerhati siapa kita, dan nilai kita dimata mereka, bukan pada mata sendiri yang rasa diri sempurna orang lain tak berguna bimbang ia berbalik pada yang menuduh. yang penting cermin diri hiasi peribadi.


Ahad, 30 Disember 2012

Asyraaf Kembali Ke Sekolah



Segala keperluan sekolah anak dah siap aku sediakan, rasa macam sekejap je dia dah nak ke sekolah semula darjah 1, uniform pun baru. RM 100++ juga la habis. Baju sekolah rendah 2 pasang, baju sekolah agama 2 pasang, samping 1, stoken, beg sekolah, sepatu sekolah, selain stationary seperti pensil box 1 free 1, colours pensil, pemadam, pembaris, pengorek,  gunting,  gam, termasuk le kapur kasut dan boxer lagi hahahaha ada jugak untuk ke sekolah.

Abah Asyraaf belikan juga songkok, stoken, sepatu dan beg sekolah yang dalam gambar tu jadi ada la dua beg sekolah dengan 2 pasang sepatu sekolah, sepatu tahun lepas pun elok lagi, boleh pakai. Bila aku tanya nak pakai sepatu yang mane dulu dia kata "sepatu yang ibu beli yap pakai pergi sekolah pagi, sepatu yang abah beli yap pakai pergi sekolah petang" Amboi!!!!! pandai dia, haa h!!!! aku ni yang penat nak basuk sepatu dia pulak.  

Tadi uruskan sekolah anak pulak sekolah rendah, aku orang ke lapan so, datang awal la jugak belum kul 9.00 pun seperti dalam surat, lepas daftar kat kelas dia, aku terus beli buku RM121.70 semuanya, siap beli buku jer terus taklimat untuk pelajar tahun 1. Selesai taklimat, selesai juga urusan di sekolah rendah. Alhamdulillah nasib baik beli buku cepat, kerana semakin ramai orang datang untuk membeli buku, maklum le dari darjah 1-6 mau tak ramai, masing2 tertumpu pada hari ini jugak, esok last untuk beli buku.  

Sepupu Asyraaf pergi lewat sikit, aku da siap beli buku dia baru nak cari kelas, kemudian taklimat, lepas taklimat masih tak beli buku lagi, walaupun pergi suami isteri, urusan di sekolah masih tak selesai, Kalau macam tu bagus aku lagi walaupun sendiri, semua urusan teratur.

Lepas siap urusan di sekolah rendah sarapan di warong mak pulak, kemudian ke sekolah agama, Alhamdulillah untuk kelas asyraaf orang tak ramai aku orang ke 3, tak sampai 1/2 jam urusan da selesai RM 110.90 bayarannnya, tapi bukunya di bagi kemudian. Hanya dimaklumkan masuk jam 2 petang hingga 3.30 petang dan diberikan lencana khas. 

Selesai semua baru ke bank keluarkan duit, walletnya dah kempis hehehehehe.... sempat beli sampul buku, tak teringat da beli buku baru perasan, masih ada juga yang masih belum dibei. Petang ni nak bayar sewa rumah pulak RM300.00.... eeemmmmm.... banyaknya duit keluar kan.... 

Duit yang aku dulukan untuk sumbangan kemanusiaan gaza kepada jabatan pun baru pulang RM 200.00 masih tertunggak RM600 lagi, semalam buat program backdroup RM128.00 da dulukan duit sendiri pun lom kembali lagi... Mudah-mudahan dia orang bayar la duit aku, kalau tak!! tak de duit aku nak pindah nanti. Duit Dalam Bank Rakyat simpan dulu, nafkah anak pun tak keluar semua, sewa rumah separuh da terpakai akibar sumbangan gaza tak kembali lagi.... jangan sampai aku jadi mangsa korban sudah la, aku da korbankan duit aku dulu, semuanya nak cepat.

Dah cakap dengan Asyraaf, malam ni program kita sampul buku. hanya  urusan pengangkutan Asyraaf ke Sekolah masih belum dapat di selesaikan, kalau tak aku le yang kene hantar dia kesekolah, tak pe la pelan2 yang penting urusan pembayaran Alhamdulillah selesai.

Khamis, 27 Disember 2012

The Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.






Percutian yang tidak dirancang, pada mulanya hanya untuk naik keretapi KTM sebab seumur hidup memang tak pernah naik, rancangan awal adalah naik keretaapi. kerana itu hala tuju pun tak tau kemana. 

Bertolak pada 19hb seawal 4 pagi dari Stesen KTM Tampin N9 ke Sentral  KL dan KL ke Ipoh, di stesen KTM Ipoh baru la memilih hala tuju dan lokasinya adalah The Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak Darul Ridzuan dengan menaiki teksi. 

masih simpan lagi tiket KTM ni

Maklum la aku bersama "pemandu pelancong" yang lebih arif, kalau nak harapkan aku, memang tak kemana-manalah jawabnya. Dari dulu masa budak sampai jadi  mak budak sikap aku terbawa2 sampai sekarang, tak tau nak berjalan, hidup dengan dunia yang ada di depan mata, kalau tak ada sebab @berkursus memang tak sampai kemana pun. Hari cuti hanya duduk rumah, mengemas dan sebagainya kemudian tidur. Itulah aku, hidup yang cukup sederhana tapi sempurna dalam klasifikasi hidup aku, lain orang lain cara.

Berbalik kepada percutian mengejut ini, sampai di lokasi, dah pasti tempat mandi, aku hanya bawak baju pergi dan balik, terpaksa beli baju disitu juga, mak aiiiii!!!! memang mahal tak de pilihan, terpaksa beli, lagi tak tahan sut Asyraaf dia nak jugak!!!! nak jugak!!!! baju mandi 1 sut, wah!!!! sekali dia paw ibu dia hah!!!!! RM99.90 baju mandi sahaja.... Adoi!!! "wa kena beb", layan je la.... tapi berkali2 aku pesan pada Asyraar jangan mintak apa2 lagi baju tu da mahal.

Sebenarnya Asyraaf memang nak sangat bercuti ke water park jawab aku senang je ajak abah. Mana taknya aku bukannya tau jalan2 sangat, ada juga lokasi yang aku tahu, itu pun masa kerja kilang dulu, bila cuti2 sekolah iklan kat TV macam2 nak2 kat water park, Asyraaf pun apa lagi dia main order je, dia bukan tau kita ni mcm mane, aku layan jer.... mcm biasa terangkan dia keadaan yang sepatutnya, tapi tak sangka perjalanan ini buat Asyraaf teruja..... Sedang aku pun tak sangka boleh sampai ke sini.

Memang macam2 ada.... paling best gelungsur air, bukan main suka bujang aku yang sorang ni, memang seronok, tempat ni seeloknya datang dari pagi sampai  tutup, tak risau tempat makan banyak pilihan, tandas yang banyak, surau pun ada, loker pun ada bayar jela RM10, heheheee...

Tempat yang paling sesuai bercuti pada hujung2 tahun dan musim2 hujan, dapat juga main air dan keselamatan terjamin.. ramai kru2 yg bertugas memantau pergerakkan dan keselamatan pengunjung.

Ini dia sut nya RM99.90









aksi gangnam style dari Yap  hehehehehe

hah!!! tu tak de kerja sempat lagi nak main pasir





apa kene lagi dengan baju tu











hah!!!! tengok tu ntah apa2 ntah


dah macam anak ketam pulak anak aku yang sorang ni




Sementara menunggu teksi tiba, sempat juga posing, hahahaha.... tengok je la aksi anak beranak

sempat pulak dia korek hidung bertuah betul anak aku


aksi bebas

masing2 control muka "apa celop" 







































da bosan tau!!!! tunggu tren lambat.... + penat + ngantuk


mak ai muka aku rupa poyo.... hahahaaaa


lubang hidung masing2 tak boleh tahan.... hahaa


ngantuknya mata


masing2 keletihan 


bergerak balik naik tren

cwah asyraaf!!! mcm2




Rabu, 26 Disember 2012

Si Tua Mengenyam

bagi penumbuk baru tau!!!!!!!


Eeemmmm... Lagi mesyuarat di Kg Parit Karang Laut untuk Program terakhir pada tahun 2012 yang akan diadakan pada 30/12/2012 di tempat yang sama, dan seperti biasa juga aku pergi naik motor jer.
Tak kisah la tu yang penting peranan tugas aku/penerangan :
1. Tempat Backdroup
2. Buku Aturcara
3. Surat Jemput Perasmi
4. Surat jemput wakil setiap K1M
5. Menyelaras dan MC untuk majlis itu....
Itu yang penting, tetapi di sebalik cerita dan tugas yang biasa di hadap di Daerah sepanjang bertugas, yang tak boleh tahan adalah sikap manusia.
Sikap yang macam mane???? Orang tua yang gatal ler..... Aduhhhhh!!!! pening kepala aku nak layan. nak kurang ajar, dia orang tua, ketua kampung pulak tu. Tak boleh ke jaga attitut tu, supaya orang hormat sikit khususnya orang muda macam aku, da la tua, aku ni boleh jadi menantu dia ke apa??, gatai semacam, menakutkan aku jer.
Tak cukup dia duk asyik nak mencuit2, lukis pulak gambar2 agak lucah, MasyakAllah, siap singsing kain paras lutut lagi, aku da le duduk sebelah dia, menakutkan aku jer... apa kene la kan.... agak2 le.... Berani dia cakap, "engkau nak aku tak" eeee....... tak selera mak nyah!!!!! boleh pulak dia cakap "ko tak nak aku jumpa sakai" mak aiiii!!!! pulak gitu.... dalam hati aku ni cakap "tak sedo diri betul org tua ni", walaupun aku senyum jer....
Sambil mesyuarat sempat jugak aku berbalas msj dengan member saiber hahahhaaa... dia suruh cakap kat orang tua tu " rumah kata pergi, kubur kata mari" hahahahahaaa.... gelak je la yang aku mampu, tak tergamak nak cakap macam tu, buat dia jumpa sakai betul2 karang mati aku......

Memang betul la kata pepatah, lelaki ni macam kelapa, makin tua, makin banyak minyak, tapi ni nak jadi minyak tengik..... tak de kualiti hehehehehehe.... jahat molot....

Sebenarnya ini adalah salah 1 faktor aku da tak minat nak kerja di daerah, berhadapan dengan macam2 orang tak boleh buat perangai semacam, nanti susah nak dapat kerja sama, tapi bila bila baik macam2 pulak pe'elnya.... Aku pulak tak suka belakon, tak suka memang aku tunjuk reaksi tak suka....  cuma bernasib baik, molot tak celupar, walau ringgan je nak cakap... tapi biarlah tinggalkan nama yang baik. Mudah-mudahan orang ingat.

Jumaat, 21 Disember 2012

Blaus coklat

alamak nampak gemuk pulak
Dari dulu sejak mula kerja memang perkara yang aku suka beli adalah baju hehehehe.... beg tangan dan kasut. Aku memang suka bergaya, maklum le orang suka berangan.


Blaus ini salah satu koleksi dari peace, seperti biasa apabila membeli, berkenan dan tengok harganya, OK, murah!!! berbanding dengan yang lain2 hehehe. Walaupun tak minat dengan baju berbutang depan kerana masalah ketat di tempat tertentu hehe, tapi bila test baju ni OK... beli la, OK juga untuk hadir di majlis2 tak fomal atau sukan. Seluar tu pun koleksi dari peace jugak, yang aku tahu seluar tu ketat jer, bukan slack, saje je tengok orang pakai aku pun nak jugak!!! tapi jarang pakai keluar rumah, malu, walaupun aku macam tak tau malu hehehe... poyo betul...

Gambar ni sebenarnya suruh anak yang ambil. Hehehehe kene dere, tak tentu arah dia snap.... tertengok sane tertengok sini ntah apa2 ntah ....layannnn.....

tengok tu tak ready lagi da snap

penat dah tunggu

Khamis, 20 Disember 2012

Kenangan Di Rumah Sewaku

tempat tidur dan tempat menonton TV dan makan di meja makan tuuuuu!!!!

Aku tinggal di rumah ni sejak Februari tahun ni, emmm.... dan tak lama lagi akan mengosongkannya dan akan berpindah, masih tak tahu kemana.... berdebar-debar rasanya. Ini lah tempat aku menetap sepanjang tinggal di Kampung dan bekerja di tempat sendiri. 

Sewa RM300 sebulan, Semua barang dalam rumah ni tuan rumah yang punya, aku punya sekadar sofa coklat tu Almari baju, rak2 yang haprak haha dan perkakas dapur . 

Selasa, 18 Disember 2012

Alhamdulillah

Hanya ungkapan Alhamdulillah yang mampu aku lafazkan.

Seperti biasa kakitangan kerajaan dah gaji semalam, terkejut tengok dah keluarkan duit tapi bakinya, amboooiiii!!!! masih banyak lagi Alhamdulillah, terfikir juga duit apa ek!!! sebab setahu aku gaji kene potong RM400++ untuk bayar COLA yang terlebih bayar RM100 setiap bulan, dan selama 2 tahun 1 bulan hahahahahaaaa sedih kene bayar RM2500... tetapi potong gaji selama 6 bulan mula bulan 12, Rungsing juga kepala dibuatnya. 

Belajar Mengurut

Semalam tak tahan sakit belakang, terganggu kerja aku dibuatnya, tak selesa, tak tau kenapa dan puncanya, tiba2 Isnin pagi terasa tulang belakang ni sakit, salah gerak terasa sakitnya. Lepas balik kerja terbaring aku di sofa, gerak sana sini terasa sakit badan. Kalau ikutkan malas memang malas nak keluar, malas nak makan, malas nak masak. Tapi kenangkan anak yang belum makan, bangun juga la masak.

Isnin, 17 Disember 2012

Siapa Dia?

gambar lama

Dalam dunia yang serba cangih di zaman milinium ini, semuanya berkemungkinan. Perkenalan tanpa pertemuan bukan sesuatu yang mustahil. Aku juga mengalaminya. Perasaan hanya seperti mimpi dalam mimpi hadir sekadar menghiburkan hati mengisi masa sunyi. 

Walaupun hakikatnya adalah realiti, tetapi aku happy, tak perlu berjumpa, tak perlu mengenali rupa,     tak perlu tahu kau dan aku siapa. Cukup sekadar dengan nama samaran, dan handphone sebagai perhubungan selain dari laman sosial yang bermulanya perkenalan. Berborak apa saje, tentang tanggungjawab, kehidupan, politik, masalah yang boleh dikongsi bersama malah melawak sehingga kutuk mengutuk hahahahahaha.... Apa yang penting sama-sama ketawa. 

Aku seperti biasa, nak cakap yang "aku punya suka nak cakap apa", tapi tak sangka dia happy bila berbicara dengan aku, walaupun aku tau dia punya bahasa "mak aii kasonya bahasa" aku layankan jer... kejap lagi turn aku kutuk dia pulak, seronok dok kene mengenakan orang. Ahh!!!! dia pun sama... Cerita kehidupan aku yang cukup biasa dan sederhana banyak memotivasikan dia.

Walaupun tidak mengenali satu dengan lain, tapi aku tahu siapa dia, bukan sebarangan orang, dari apa yang dia cerita sejarah kehidupan lalu, dan kerana ada keserasian dalam perbualan dia sering hubungi aku sekadar berkongsi masalah yang kebiasaanya berkaitan dengan kerja, begitu juga aku punya  masalah serupa. 

Dari hubungan ini 1 kesimpulan yang dapat aku rasakan bahawa, aku perlukan seseorang untuk berbicara apa sahaja  tetapi bukan pasangan hidup. Aku selesa begini, tiada fitnah, tiada umpat cela, namun aku masih boleh bicara dan ketawa. 

Terkadang hati perlukan kekuatan untuk  menangkis segala macam dugaan yang datang. Masih tak bersedia menghadapi kemungkinan yang bakal tiba yang hakikatnya tak sanggup rasa kecewa. Rasa ingin mencuba bimbang dipersenda. Keikhlasan bukan sekadar ungkapan, hati manusia sukar dijangka.