Selasa, 18 Disember 2012

Belajar Mengurut

Semalam tak tahan sakit belakang, terganggu kerja aku dibuatnya, tak selesa, tak tau kenapa dan puncanya, tiba2 Isnin pagi terasa tulang belakang ni sakit, salah gerak terasa sakitnya. Lepas balik kerja terbaring aku di sofa, gerak sana sini terasa sakit badan. Kalau ikutkan malas memang malas nak keluar, malas nak makan, malas nak masak. Tapi kenangkan anak yang belum makan, bangun juga la masak.

Aku terfikir mungkin Ahad masa pergi mesyuarat K1M di parit karang laut tu, maklum le buat mesyuarat malam2 buta, hari minggu pulak tu, redha je la. Dalam perjalanan dalam 30-40 minit jugak, dengan menaiki motor dengan gelap malam. Jadi tak le nampak jalan lubang ke rata ke. Haa!!! itu yang jadi punca rasanya, bila terlangar lubang jangan kata engsel  badan aku, engsel motor pun lari hahahaha...

Lepas  makan dan siap uruskan semuanya aku suruh Asyraaf sapukan minyak yu yee cap limau kat belakang aku, itu je yang ada, selain tu minyak masak, tak kan nak sapu minyak masak pulak.. haha.

Dah sapu suruh dia urut pulak, siap ajo dia, ha!!! macam ni... urut tang sakit jer, tapi dia urut tang pinggang jugak... Aduhai aku ni da le penggeli... dia pegi cucuk2 pinggang aku , ee..  eeehh!!!!! nak bergurau pulak, padai  bergurau macam ibu dia heeee...kononnya. Nak marah aku tengah sakit... lama2 dia tau, tapi tu la, kesian dia kene kerah dengan aku, siapa lagi yang nak di suruh, dah dia aje yang ada. Dengan jari jemari dia yang halus tu, jadi ler, asalkan minyak dapat disapu.

Pandai pulak tu dia siap tanya sakit lagi tak ibu???? alahai urut buat syarat je.... la ni pun tak baik lagi, p klinik kesihatan dr nak cucuk, aduh!!! tak sanggup aku, mintak je la ubat, sekali dapat ubat !! panadol??? dengan ubat tahan sakit, "bila sakit baru makan" kata pegawai farmasi yg bertugas... Macam mane tu, sakitnya bila salah gerak, tak kira la masanya bila... jawabnya... aku tak mkn pun, aku makan cocopie jer lagi sedap yum..yum...


3 ulasan:

  1. Susah nya keje di daerah, malam2 pun kena hadir mesyuarat. Nasib baik saya kat Ibu pejabat, tak de la kena g mesyuarat mlm...Tp Shah selalu jg mesyuarat K1M malam2, pastu hujung minggu...dia kata mesyuarat start pukul 9 mlm...balik sampai rmh dah tgh mlm...jgn g mesyuarat lain udah le...

    BalasPadam
  2. memang mcm tu misah, terus terang cakap kerja d daerah bukan mudah, nak berhadapan dengan orang ramai bukan setakat jadi MC, malah nak bercakap dalam mesyuarat K1M, malah mesyuarat keselamatan pun kita kene bentang, saya dengan d.o. selamba jer jawab bila dia pertilai pasal pemasangan billbord... awk fikir bila balik mlm org kampung tak tau, boleh jadi umpat cela orang... terima je la...

    BalasPadam
  3. Yer la, org tak faham keje kita mmg suka buat citer..dugaan Idah keje mcm ni..tp kena terima hakikat. Yg penting kita g keje bkn buat keje lain.

    BalasPadam