Selasa, 4 Disember 2012

Sedih dan Kecewa

Bukan lah tujuan untuk memburukkan sesiapa, tapi aku kecewa dengan sikap anggota yang kurang prihatin dengan tugas dan kerja. Hakikatnya kerja aku bukan sempurna, dan tiada niat untuk mencacatkan kerja, aku tak mampu kerana aku sorang. 

Apa yang menyedihkan, bila aku terpaksa tanggung tugas orang lain, tanggungan itu adalah bebanan pada aku yang hanya 17 sahaja disini bukan setakat gred yang kecil malah gaji pun jauh beza. 

Tekanan demi tekanan aku alami, termasuk tugas pada sabtu lalu 1 Disember 2012, apabila P.A. tiada yang bertugas. Mohon bantuan dari JB, bunyi mcm da confirm, aku lega.

Tapi bila 1 Disember aku hubungi mereka yang patut bertugas aku dapat jawapan yang negetif, MasyakAllah aku da mula risau, hubungai bos, tapi aku juga perlu selesaikan. Aku hubungi  pegawai dari pejabat Kadi Daerah dia suruh juga aku cari, Hubungi orang yang bertanggungjawab, tiada jawapan, sana sini aku hubungi untuk mendapatkan P.A. sewaan termasuk pegawai dari Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan ketua kampung Alhamdulillah mereka bagi kerjasama yang sangat baik, tapi untuk mendapatkan P.A. sewaan tidak selesai jawapan semuanya mengecewakan, walaupun niat dihati kalau dapat sewaan akan aku bayar semata-mata nak jaga imej jabatan.

Akhirnya jam 7 malam aku hubungi lagi pegawai dari Pejabat Kadi P.A. tak de, dan aku tetap datang untuk menjalankan tugas sebagai MC, walaupun skrip aku sendiri pun belum siap lagi. Tau betapa kecewanya aku, dan apa yang aku mampu hanya menangis kerana gagal, yang hadir mesyuarat aku dan telah dipersetujui, aku terpaksa menangung malu.

Dengan keadaan hujan renyai, aku redah dan tawakal niat nak bekerja walaupun dengan menaiki motor. Bila sampai kritikan sampai terus pada aku, aku juga yang tanggung, mereka tak tahu betapa aku telah cuba sedaya upaya untuk menyediakan perkhidmatan itu, tetapi aku tak mampu dan sesungguhnya mereka perlu tahu itu bukan tugas aku. Aku tetap cakap, berlaku kecemasan pegawai sakit.... dah itu je yang betul, apa pun Allah saje yang tahu.

Semua boleh pertikai dengan kerja aku, tetapi mereka perlu tahu betapa banyaknya beban yang terpaksa aku tanggung, pembayaran l.o. yang tidak selesai, aku selesaikan untuk betulkan keadaan, walaupun bukan aku yang buat hal, itu pun aku dipersalahkan mujurlah pembekal faham dan tahu siapa yang salah. Apa yang penting hubungan dengan jabatan lain dan hubungan dengan Ahli K1M sangat baik, tanpa sebarang masalah walaupun aktiviti tiada (kerana masalah dalaman).

Semasa ketiadaan Bos yang menunaikan Haji. Banyak kerja aku tanggung dari buat surat, tanda tangan, fax, hantar surat, pos surat, hadir mesyuarat, surat jemputan, surat mohon peruntukan, permohonan l.o., teks ucapan Y.B., buku aturcara, tempah backdroup, menyelaras program, juruacara dan laporan perlaksanaan aktiviti, itu bukan namanya kerja ke!!!!! bukan ini jer, banyak permohonan l.o. dan banyak program perlu dilaksanakan dan telah dilaksanakan. (masih ada 2 program yang belum selesai)

Tahun ini sahaja, bukan sekadar menyelaras Komuniti 1Malaysia sebanyak 10 K1M, 9Aktiviti kelab 1Malaysia, program PLKN, Khemah Kerja, cari dan jadi pegawai pengiring peserta pidato bukan melayu, Sketsa (Naib Johan), sayembara (Johan) manakala Pengkisahan tiada kerana merajuk!! (juga bukan kerana aku). Termasuk peruntukan kerajaan negeri sehati sejiwa dan tambahan tahun ini Touch point, malah simulasi, bilik gerakan, ears yang tak bergerak (memang salah aku.) Malah pemasangan billbord pun aku uruskan dari berjumpa dengan pihak berkuasa tempatan, lawat tapak, sehingga la pemasangannya juga aku di hubungi (ingat lagi masa tu aku ada tugas di JB, balik malam, sambung lagi kerja untuk menunnjukkan lokasi billboard)

Belum lagi, senarai sukarelawan, maklumat orang miskin, pantau ceramah pas, selain tugas biasa jadi MC, meeting, laporan peristiwa, e-press, n.e., rumus laporan, laporan harian, laporan PMR, Jadual Lawatan, kebelakangan ni Sistem Amaran Awal, kira bahan penerbitan, susun bahan penerbitan, pendek kata bahan penerbitan di pejabat ni memang ada rekod berapa banyak tajuk penerbitan dengan jumlahnya sekali, aku yakin tak semua daerah buat macam ni seperti aku, tengok je la stor penerbitan yang dulu tunggang langgang sekarang dan teratur dengan penerbitan yang tersusun. 


Malah ada juga kerja-kerja yang tidak dijangka terutamanya dari jabatan lain seperti jadi penilai bangunan sempena sambutan kemerdekaan anjuran MDT siang dan malam untuk menilai pencahayaan, ada yang mintak maklumat tentang CD patriotik, maklumat senarai jabatan di Ledang, nak temuduga pun jumpa aku... aduhai... nak lagu tema Puteri Gunung Ledang pun tanya aku... alahai... lom lagi mengenai keadaan aku yang selalu sorang2 di pejabat, bila orang datang ambil penerbitan serentak pulak dengan orang telefon, aku dalam tandas orang call, aku dalam tandas orang datang, semua orang tak tahu keadaan seperti ini, buat aku bagai di kejar hantu, tak de orang tapi belari... Alaihai. 

Bukan untuk pertikaikan orang lain, tetapi hakikat di daerah lain ada yang hilang waktu petang bukan kerana tugas, ada yang tak jadi juruacara, kenapa perlu cari salah aku yang hanya seorang ni, yang gagal kerana satu, dua perkara, aku lewat pun bukan selalu, malah mereka tak tahu bahawa aku selalu cover balik lewat tengok saje la punch kad, malah 2-3 bulan aku tak buat kelim, walhal aku bukan senang mana pun, aku kejarkan kerja dan tinggalkan kepentingan sendiri. 

Apa yang buat aku terharu, bila aku di hargai dari jabatan lain, hanya kerana 1 tugas sahaja, sebagai juruacara.. Pegawai Daerah sendiri berikan blazer khas untuk tugas juruacara... ini bukan untuk riak, sungguh!!! aku tidak begitu kerana aku tahu kekurangan aku, malah aku yakin tidak semua S17 memilikinya.

Malah ada juga yang berharap agar aku lama di Daerah ini, kerana betapa mudahnya berurusan dengan aku, dan kerana itu ramai yang menghubungi aku untuk bertanya dan mendapatkan maklumat, kerana aku tak marah-marah malah aku di ajar untuk memberikan jawapan, bukan "tak tahu" jawapanya dari muar aku di ajar begitu. Tersentap bila dengar aku nak di tukarkan, tak pe la kalau itu yang terbaik, hakikatnya aku rasa kecewa, semuanya tak berharga. Aku tahu ada syaitan yang bertopengkan manusia yang sentiasa menghasut orang atasan atas kelemahan dan kekurangan tugas, kerana itu aku katakan hanya 1, 2 perkara gagal yang lain tiada nilai, Alhamdulillah mudah2an Allah bagi petunjuk kepadanya, kerana dia juga manusia yang tidak sempurna.

Adakalanya aku teringin untuk tukar jabatan, andai aku berduit atau anak orang senang tak akan aku tunggu lama, berhenti itu lah yang terbaik. Tapi hakikatnya aku perlu menyara anak dan kehidupan aku, aku redha dan pasrah dan aku tahu walau aku sakit hati bagaimana sekali pun aku bekerja dengan kerajaan bukan dengan individu. Aku biarkan keadaan begini... andai takdir memberi ruang untuk aku memilih, pasti aku akan buat pilihan.


6 ulasan:

  1. Sedihnya Idah, sabarlah..sebenarnya Idah seorg yg kuat semangat dan tahan dgn dugaan hidup, sbb tu Allah swt duga Idah sebegitu rupa. Tp saya doakan semoga Idah diberi keberkatan hidup atas tugas2 yg telah Idah laksanakan dan dpt naik pangkat dgn cepat. Allah tu maha adil lg bijaksana.

    BalasPadam
  2. Dalam hidup saya tak de istilah "SABAR" lagi misah, tetapi redha dan kene buat.... kerana tiada alasan untuk katakan tidak.....

    BalasPadam
  3. Idah..tahniah sbb dpt naik pangkat ke s22..surat dah sampai ke Ibu Pejabat. Yg dpt Idah, Kak tipah & Sani. Kat Johor yg kosong cuma satu, daerah JB..tempat Selva... Idah pilih mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih misah Alhamdulillah, selva 22 ke misah????? saya tak nak duk Di Daerah.. kalau dapat JB boleh jugak misah, tapi boleh ke?????? latifah macam mane pulak??? tak pe saya boleh mengalah...

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Tu la rasanya Kak Tipah nak tempat Selva tu..bila En. Md. Noah Kechut pencen kak tipah nak balik Muar semula. Yer la, yg 0 satu jer kat Johor ni. Tp keje kat daerah JB pun sama jg dgn Ledang. Byk tugas & tanggungjawab..Mesyuarat pun boleh tahan gak byknya...mmm tunggu jer la surat penempatan Idah.

    BalasPadam