Rabu, 12 Disember 2012

Luahan rasa mereka


Assalamualaikum, mula bicara,
Buka gelanggang nukilan rasa,
Sekadar ingin berkongsi cerita,
Dan bukan tujuan untuk mengata.

hehehehe, boleh tak pantun tu kira ok la... tak masuk pekse pun...

Sebenarnya selain blog ini, aku ada 2 lagi blog yang.... tak boleh di link antara 1 dengan lain kerana blog yang satu di "kategori" kan sebagai panas!!!!!! sebelum ini memang ada senarai blog-blogku di setiap 3 blog itu. Tetapi ada yang mencari tuan punya blog, sehingga dapat mengesan siapa aku tak  kurang ramai juga yang menghantar email, bertanya, memberi cadangan malah  untuk mengenali aku, jadi sebagai langkan berjaga-jaga dan keselamatan aku terpaksa delete "profail" untuk blog  "pink" hahahaha warnanya.... bukan tajuk blognya....

Dalam ramai-ramai yang menghantar email, mereka juga mengesan aku melalui YM, hahahaha.... kantoi jugak... ini lah bermulanya cerita.

Seorang lelaki seorang perempuan yang telah berumah tangga, masalah mereka adalah sama, dan aku!!!! menjadi tempat luahan perasaan terhadap masalah mereka,  antara kami langsung tidak mengenali tetapi boraknya sampai dalam selimut. 

Jadi aku sekadar mendengar keluhan mereka, bukan sekadar itu, memberi nasihat, cadangan, pandangan, syor, malah petua yang aku tahu pun aku bagi... hahahaha..... untuk perempuan.... lelaki pun boleh tapi untuk isteri..... hehehe

Yang geli hati dia orang ingat aku ni pakar ke.... siap tanya #*~%**$#@!, tapi pertanyaan mereka aku tetap jawab, hahahaha.... apa susah maklumat dihujung jari, search je la internet, dapat la maklumat... "so clever" heheheheee... iklan... 

Dalam keadaan mereka yang sebok bercerita mereka tidak tahu pun siapa aku yang sebenarnya. dimana aku sendiri punya masalah yang aku tanggung sendiri tanpa ada teman untuk di kongsi bersama. Susah senang tanggung sendiri, pendam perasaan terhadap tekanan yang dihadapi, demi meneruskan kehidupan ini, untuk insan yang disayangi. 

Nama pun kehidupan, dan selagi kita hidup, selagi itu akan ada masalah, dugaan, rintangan, halangan dan cobaannnnn....... Namun bagaimana cara untuk mengatasi, tak semua masalah dapat diselesaikan dengan cara yang baik, perlu ada usaha, bekorban, mengalah, berdoa dan setiap yang kita lakukan itu tidak semestinya berbaloi, namun setiap yang berlaku ada hikmahnya. Merelakan apa yang telah berlaku lebih baik dari menyimpan dendam. Redha dan teruskan kehidupan, kebahagiaan adalah milik setiap insan, dan kebahagiaan itu tidak semestinya dari insan lain, apa yang penting, lakukan apa yang kita sukai, mungkin hobi baru boleh menghiburkan hati. 



2 ulasan:

  1. yer..betul tu IDah..dendam yg kita simpan akan buat hati kita semakin marah & sakit. Lebih baik kita redha kan dan byk kan berdoa kpd Allah swt, tu je jalan penyelesaiannya. Pada Allah swt kita boleh adukan semua masalah kita..hati lebih tenang lepas kita luahkan segala2nya di hadapan Yang Maha Esa..Insya Allah.

    BalasPadam