Khamis, 5 Julai 2012

Kurung Model Kuning Bercorak Batik


lagi koleksi dari peace

Lama simpan baju ni, seperti biasa jika membeli baju bukan tujuan untuk di pakai tetapi di simpang sehingga ada majlis yang sesuai untuk dipakai. Lagi koleksi dari peace Kurung Model Warna Kuning Corak Batik ini cukup aku sukai, Design yang simple ditambah dengan jahitan manik yang ringkas di hujung lengan dan manik-manik besar dibahagian dada baju...... cukup menarik bagi aku.


Kuning juga warna kegemaran ku

Jom kita baca sedikit pengertian disebalik warna kuning :

Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya girang akan menyebabkan kita sentiasa ceria. Warna kuning pudar akan memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Bagi si pemakai warna kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan.




di Puteri Golf Resort Pasir Gudang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan