Rabu, 2 September 2009

Sup Taufu Fa Ida




BAHANNYA :

1. MINYAK MASAK SECUKUPNYA
2. 3 BUNGKUS TAUFU FA – dibelah dua atau tiga
3. 3 BIJI BAWANG PUTIH – dikisar
4. 1 SENDUK KECIL SOS TIRAM
5. 1 MANGKUK AIR
6. 1 BIJI TELUR
7. 5 BIJI BEBOLA DAGING
8. SAYUR CAMPUR- dipotong dadu (lobak merah, jagung dan kacang hijau)
9. CENDAWAN TIRAM SECUKUPNYA
10. GARAM DAN GULA SECUKUPNYA

CARANYA :

Taufu fa digoreng dan ketepikan. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan sos tiram dan kacau masukkan juga garam dan gula. Kemudian masukkan air, apabila mendidih masukan telur dan bebola daging, kacau lagi biar telur hancur kemudian masukan pula sayur campur dan cendawan tiram dan tutup api setelah cendawan telah masak.

P/S : Masakan ini sesuai untuk kanak-kanak kerana ia bukan sahaja sedap malah meriah dengan pelbagai warna dan dapat menarik selesa kanak-kanak. Ia bukan sahaja sedap dimakan tetapi cukup zat dan khasiatnya. Resepi ini adalah kegemaran anak dan suami bila masak macam tak cukup dibuatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan