Jumaat, 29 April 2022

Ramadhan Tahun Ini

Dah nak raya pun kan lagi dua tiga hari lagi. Sekejapnya masa berlalu, dah nak raya. Seperti tahun-tahun yang lalu puasa itu perkara biasa, berbuka itu berubah tempatnya. Syukur Alhamdulillah ada jugak masjid yang menganjurkan berbuka puasa, maka aku pun lega. Makanya aku berbuka puasa dan berterawih di Masjid Bandar Baru Uda pada tahun ni. 

Selasa, 12 April 2022

Sakit Pinggang

Tiba-tiba diserang sakit pinggang. Pada mulannya ingatkan kerana minum air buah tembikai ais. Ye la selama ni mana la suka dengan air tembikai ni, buah nya pun aku kurang minat. Kalau jamuan tu makan la sikit buat syarat, tapi kalau banyak pilihan memang tak pandang langsung. Tapi bila disebut-sebut air itu air ini semasa program gotong-royong buat bubur lambuk aku jadi kecur dan teringin pulak. Sudahnya aku pun beli la air tembikai dengan kuih kole kacang favorite aku tu, masa nak ke masjid.

Sabtu, 9 April 2022

Breakable Chocolate Heart By Me

 

coklat ketuk yang pertama aku buat untuk officemate.


Inilah dia yang dinamakan Breakable Chocolate Heart malay say "Coklat Ketuk" say yaa  not translate hehehe. Inilah projek selepas bouquet. Kisahnya ada seseorang post didalam salah satu group di FB. Peh punya le berkenan, gigih cari apa nama dia, rupa-rupanya sejenis coklat.

Khamis, 7 April 2022

Bouquet aka Surprise Planner

 

untuk seseorang yang membantu....

Cantik tak cantik tak.... cantikkk laaaa.... hehehehe...... Ini adalah 1 daripada bouquet yang pernah dibuat. Alhamdulillah, penerimanya suka maknya sekali suka, cantik katanya, "pandai Idah buat" ye laa.... idah ni multi skill tau, macam-macam skill ada yang tak semua orang tahu hehehehehe..... Bukan angkuh tapi gurau..... siapa lagi nak bahagiakan diri kita kalau bukan diri sendiri. Inilah dia salah satu kebahagian buat aku, selain dapat membahagiakan orang lain apabila menerima Surprise dari yang tersayang. Walaupun aku sendiri tak pernah sekali pun dapat, tapi aku seronok dapat buatkan tempatan customer.


design ikut kepada sendiri, 2-3 jam jugak buat.

Puncanya adalah bila aku nak bagi hadiah pada bestfriend aku sempena birthday dia. Wow! memang mahal untuk kenagan dan gembirakan seorang kawan aku pun kirimkan hadiah untuk dia. Dari situ la timbul niat nak buat jugak, birthday dia bulan 6. Start bulan 7 aku dah mula beli barang bouquet sikit-sikit. 

bouquet terkini untuk anak kawan, sambil merasmikan wrapping paper merah yang baru beli. 

Sementara itu aku belajar buat bouquet dari youtube, berkali-kali jugak rewind huhu siap save kat phone. Alhamdulillah terang hati mudah untuk terima walaupun tidak belajar secara bersemuka. Ada yang aku buat ikut kepada sendiri je asalkan jadi. 

Selebihnya belanja je la gambar-gambar lama. Jadi la, nak niaga area JB ni tak tahu nak mula dari mana.


ni 1st bouquet aku buat, untuk pegawai di KLN. Memang la tak helok, namapun pertama kan, hodohnya x boleh bawak bincang hahaha.


ni money bouquet, RM1 40 keping, tak siapa pun tempah, saja asal skill.


ini adalah tempahan pertama, seronoknya hati berbunga-bunga, siap dengan kek batik sekali. siapa tak suka.







bauquet convo untuk budak-budak habis belajar sekolah rendah nak naik menengah.













Bouquet strawbery coklat, sedap ye, kene cuba dulu baru tau.
















bouquet belon flower ni memangpayah nak buat, ini sample je, nak jual tak berani, takut angin keluar.

OK jom ke Belon pulak, belon dan box yang ini agak tinggi jugak harganya. stiker "Happy Birthday" tu je paling murah RM5. so sesiapa nak menempah, jangan berkira sangat. Tak mampu beli coklat bagi terus hahahaha.... bende-bende macam ni penghargaan untuk yang tersayang, so jangan berkira sangat. Aku ni Sebab x de pasangan, kalau tak spender pun akubuatkan bouquet kikikiii.... acah je gileee bende tu nak bagi, macam x de bende lain yang bermacam-macam bende yang boleh di bagi sekurang-kurangnya ciuman hahahaha apa pulak aku merepek bulan-bulan puasa ni adoiii la..... tapi mesti pasangan seronok kalau dapat macam ni. Kalau tak menghargai memang sembelih je la.


Belon bouquet pertama buat untuk asyraaf. Memang dapat teguran dari group FB yang buat bouqquet. ALhamdulillah aku terbuka untuk ditegur untuk perbaiki hasil tangan yang sangat boomm... tu kan perasan tak pe hahahaa


ni buat untuk kawan, belum ada tempahan, buat untuk kawan-kawan kemudian gambarnya dijadikan bahan promosi.















ini untuk my best friend, dah tak sanggup nak bagi lagi sebab ni kes dia tinggi berbanding bouquet.



























Selasa, 5 April 2022

Sedih


Bulan-bulan puasa ni seronok da. Dah nak raya tak lama lagi. Cuma aku ni sentiasa ada je yang buat hati rasa sedih sayu. Kadang kerana kekurangan sendiri, kadang-kala kerana kecuaian sendiri. Tapi sebenarnya apa yang berlaku bukan keinginan aku.