Ahad, 12 Disember 2021

Luahan Rasa


Rentetan dari posting sebelum ni. Eeemm... lelaki datang dan pergi dalam perjalanan hidup aku sebagai persingahan adalah perkara biasa. Malah biasa juga orang yang pernah kenal menyepi dan menyapa kembali, sekali, dua kali, entah la keberapa kali. Kadang kala ada antara mereka ni seperti tak faham, bila mesej yang tak berbalas, bererti orang tak berminat. Tetapi mereka masih nak menyapa. Maka terima la hakikat, nak rasa sakit hati atau apa pun. Faham 1 je, bila mesej berbalas bererti orang suka tak berbalas bererti orang tak suka. Move on dan cari la lain... perempuan terlalu ramai melebihi lelaki, pilih la mana yang berkenan.

Jumaat, 10 Disember 2021

Andai Aku pilih terakhir, bererti kau bukan lagi pilihan


 Saat aku ingin mengukir senyuman, rupa-rupanya ia mengundang hiba. Siapa tak suka, jika jejaka idaman hati menyapa. Namun sapaan itu memberi jawapan duka.

Sabtu, 4 Disember 2021

Si Moon Yang Hilang


 

Tak dinafikan, inilah antara kucing kesayangan aku, bukan kerana oyen yang sentiasa menjadi bualan ramai, seperti kereta myvi yang digelar king in the rood. Tapi kerana lamaaaaa sangat menanti si kembang ni. Masa kecik-kecik dulu kucing macam ni hanya dimiliki oleh orang yang berkemampuan je.