Khamis, 31 Mac 2016

Rabu, 30 Mac 2016

Tonton Teater



Yang semalam punya cerita dengan komputernya tunggang terbalik, berkait rapat dengan  teater ni. Sebab buat teks ucapan perasmian BOS. Datang la untuk membuat liputan bergambar. Peh!! memang best la. Tak pernah aku tonton teater ini first time ni. 

Rasa terhibur hati yang gundah gulana. Teater yang berkonsepkan hutan hujan tropika, dengan tarian, lakonan, silap mata, persembahan okrobatiknya live depan mata. Tengok je la serba sedikit, persembahannya. Banyak Ambik gambar tapi bergegar tak cantik. ini je la yang mampu.








Selasa, 29 Mac 2016

Apa Dah Jadi, Apa Nak Jadi......




Hahahahahaha..... hahahahaha.... memang melekek2 aku ketawa sorang2 kat office malam-malam pulak tu. Cuba tengok betul2 apa dah jadi!!!!, ini kije gile ke gila kerja huh!!!.... memang aje gila dah bertahun2 aku kerja guna komputer tak pernah jadi macam ni. Aku tak perasan tertekan apa tub2 terbalik.... termanggu2 jugak aku fikirkan apa yang nak dibuat.

Ahad, 27 Mac 2016

Kasih Tak Terucap


Untungkan kalau ada insan yang sayangkan kita, ambil berat pasal kita, bertanya khabar setiap hari dan berkongsi cerita.  Siapa sangka dalam keadaan aku yang pasrah untuk hidup sendiri yang kini sebok dengan tugas baru tiba-tiba ada insan hadir mengisi episod hidup aku. 

Isnin, 21 Mac 2016

Tak Jangka

Eeemm... ini namanya cabaran.... mana nak jangka tiba2 aku perlu ke TV Alhijrah, mesej di whatapp terima jam 23.19pm aku dah tidur dan terjaga jam 4.0am. Aotumatik bangun mandi iron baju tepat jam 5 pagi aku gerak.

Isnin, 14 Mac 2016

Lagi!!!!!

Memang mencabar la menteri datang.... lokasi petama aku sampai cepat, lokasi kedua aku selama cuaca pun elok panas bedentum...  majlis belum selesai aku pun terus gerak ke lokasi ketiga, ku sangka panas seharian rupanya hujan dalam pejalanan. emm... dugaan dugaan....  

Rabu, 9 Mac 2016

Apa La Nasib



Aku dan gembira bila dah ada camera senang untuk aku jalankan tugas. Tapi siapa sangka TAB aku tiba-tiba terus-terusan tak boleh guna. try caj tetap tak boleh on. Hingga sukar dihubungi dan masalah berkait dengan orang lain. Dengan kemudahan yang ada semua perhubungan hanya dengan whatapp tapi bila tab pun tak boleh on semuanya aku tak tahu, seolah-olah terputus hubungan. 

Ahad, 6 Mac 2016

Mencabar Dan Tercabar



Eeemmm.... mengeluh jugak la di buatnya, mana tidaknya, saat aku perlu beri komitmen dengan kerja saat itu juga ia kelihatan gagal hanya kerana tab aku rosak, masalah berlarutan walaupun telah dibaiki.

Antara tugas aku adalah mengambil gambar. Dengan keadaan tab aku yang mengalami masalah tak boleh caj, terasa sangat menyukarkan keadaan aku untuk bekerja. malah sebulan aku bekerja tapi tak sekali aku turun padang ke daerah.

SESEDAP RASA