Selasa, 30 September 2014

Khabar Aku - Kamelia Syermain


Khabar Aku 

Sejak cerita kita ditamatkan
Ku fikirku takkan dapat lepaskan
Apa yang kau buat pada hatiku
Kini aku hanya tersenyum

Sudah tu sudah ku sudah pun lupakan
Fikir yang positif bergerak ke depan
Banyak kerja siapa yang tolongkan
Jadi lebih baik ku berseorangan

Buat sementara ini biar aku
Jauh dari yang buruk
Dekat dengan yang tulus ikhlas

Apa khabar disana
Ku di sini biasa saja
Oh tidak, mungkin lebih dari sederhana
Semua cun saja
Dengan kawan baru
Hidup baru ku hampir sempurna tanpamu
Ku hampir sempurna tanpamu
Ku hampir sempurna

Tanpamu kisah baru
Cara baru nafas baru
Kumpul duit baju baru
Tahun baru aku tetap laku
Saja Saja saja
Hidup aku, kini bukan
Sama seperti dulu

Buat sementara ini biar aku
Jauh dari yang buruk
Dekat dengan yang tulus ikhlas

Apa khabar disana
Ku di sini biasa saja
Oh tidak, mungkin lebih dari sederhana
Semua cun saja
Dengan kawan baru
Hidup baru ku hampir sempurna tanpamu
Ku hampir sempurna tanpamu
Ku hampir sempurna

Apa yang kau buat pada hatiku
Kini aku hanya tersenyum
Apa khabar disana
Ku disini biasa saja
Oh tidak
Mungkin lebih dari sederhana
Semua cun saja
Dengan kawan baru hidup baru
Ku hampir sempurna

Apa khabar disana
Ku disini biasa Saja
Oh tidak
Mungkin lebih dari sederhana
Semua cun saja
Dengan kawan baru hidup
Ku hampir sempurna tanpamu
Ku hampir sempurna tanpamu

Ahad, 28 September 2014

Misi Tercapai


Itu dia, akhirnya Aku sampai jugak ke Paradigm Mall, Petaling Jaya. Kononya Nak pergi hari sabtu, otw bateri tab pulak habis, aku download waze kat tab je. Asyraaf la yang kene  marah, duk game je tak sudah. Bateri habis tak reti caj. Sakit hati betul aku, memang sepanjang Jalan kene  marah dengan Aku. Habis semua bahasa keluar. Geram sungguh-sungguh. 



Masih tak puas hati, Ahad pergi lagi, siapkan HP dengan bateri yang cukup. Tapi sebelum gerak Aku sarapan dulu. Biasa la Ali maju, walaupun tak suka makan kedai mamak, bedal je la,  itu yang dekat, tang situ yang tau. Asyraaf makan roti telur, itu je la kebiasaannya. Aku makan etteli, he he he, sesuai untuk orang yang menjaga kesihatan macam aku, sebab cara masaknya di kukus. Dr. Da nasihat kurangkan makanan berminyak. Ceh!!!!!!! Punye le lama Aku check up, sampai sekarang tetap ingat. 

Alhamdulillah sampai dengan selamatnya. Barulah pandai Aku guna waze, itu pun tersasar jugak, patah balik. Yang penting sampai. Post kat FB dulu sebelum berjalan hehehehehe... Orang nak kata... kata la ada aku kisah. Bukan aku p dateing, berjalan2 je bawak bujang senang. 




Sebenarnya ke Paradigm Mall ni nak ke kaison, itu je hala tuju yang aku tau. Tak berkenan pulak ingat nak cari wallpaper, tak de yang berkenan pulak, apa pun Aku tak beli.  Tapi sebelum ke Kaison aku singgah Daiso.   so ke daiso semula Aku, macam tak de apa yang Nak di beli tub-tub, hah!! Pelastik besow ler..... Mula2 tengok tak de perasaan. Seronoknya di daiso semua barang RM 5. So pandai2 le pilih.


Kedai Kaison dan Daiso ni menjual barang2 hiasa rumah, kereta dan diri. First time memang seronok tengok, meriah. Ada duit lagi la beronok-ronok hahahahaha..... Banyak jugak aku beli, antara yang Aku dah aim alas kerusi . Aduh memang murah la Kalau RM 5, ada pulak hijau..huhu Aku ambik itu dulu.  kat tempat lain tesco RM 6++, kaison paling murah RM 9.90. Kat tempat lain shopping compleks lagi la mahal. 

Dalam cari makan tub-tub mata ni tertarik dengan orang yang sedang melukis gambar orang. Dengan pantas Aku menuju ke situ. Alamak hai!!!! Memang rezeki la, free je, cuma ikut turn. Huhu apa ada hal, pop corn pun free. Ambik je la sementara tunggu turn. 



Makan simple je spaghetti, Asyraaf pulak ni ha!!! Entah apa2 entah pizzacorn namanya. Lagi sedap Hot & Roll rasanya. Lepas mkn jalan ke tesco pulak betul-betul berhadapan pizzacorn, so rugilah kalau tak pergi dah depan mata merangkap sekangkang kere huhu. Hajat nak mencari frame gambar. Bila nak bayar konon-konon nak rasmikan kad bedit Maybank yang baru .... hook aloh!!!! tak boleh, pulok terpaksa aku lari cari ATM Maybank. 

Tak habis kat situ, parking pulak cari tak jumpa, nasib baik ingat level berapa, dan rahmat jugak la sebab aku ada ambil gambar tempat parking, punya le luas, nasib baik jumpa... Alhamdulillah juga perjalanan balik cepat pulak walaupun salah masuk simpang. Dekat je lebih kurang 30 minit. Macam dari Tangkak ke Muar.


Balik tak de kije lain aku duk pasangkan frame lukisan wajah hamba huhuhuhuhu.... Belek, belek barang yang dibeli, Shopping sahaja aku ni ek!!!! Tak pe la, asalkan aku happy, Asyraaf pun happy. Berdua pun jadi. Wah... Lepas ni aku nak ke Nilai 3 pulak huhuhuhu......... nak Servay perabut, langsir ke, karpet ke.... In Syaa Allah..



Sabtu, 27 September 2014

Adjustable Shopping Bag


Cantik kan!!!!!!!

Emmmmm.... Akhirnya Aku dapat jugak beli beg ni. Dah lama Aku servay bag troli ni, untuk apa?????? Untuk Aku la hehehehe.... Ada yang dia perbuat dari besi, berjaring2, mahal di pasar malam pon ada jual 50, Aku tengok kat mydin 30++. Aku beli di giant bangi 29.99 pandai kan!!!!!! Letak je la 30 kan senang. Tapi sebelum ni aku ke giant tanjung agas 25 je, menyesal x beli haha.....


Pemegangnya boleh d adjust

Aku selalu ke pasar tani, seminggu 2 kali bukak, 2 kali juga aku pergi hehe dan selalunya banyak beli lauk pauk, barang basah, barang kering, pendek kata barang dapur la, kadang2 beli baju. Itu pasal kalau membeli hampir 100 atau lebih 100 duit habis huhuhuhu... Itu yang barang banyak tak cukup tangan.

So, beli la bag ni, boleh letak barang yang di beli, Dan boleh Jalan dengan senang hati, tak de le siksa tangan aku Nak tanggung bebanan bebarang. Hand beg pun boleh letak dalam itu sebab ada cover. Boleh di lipat Dan cover nya boleh di basuh. 




Cantik!!!!!! Hijau lagi, hehehehehe sungguh berkenan aku, sebelum habis biar aku kebas dulu. Lagi pun murah dari tempat lain, cover pun cantik macam Aku!!!!!! Ah!!!!! Cantik ke huhuhuhu. Benda ni penting bagi aku, itu Pasal aku beli.

Cerita Pasal pasar malam ni, Aku selalu bagi duit pada Asyraaf tak banyak seringgit je, untuk 1 tabung derma, ada la dalam 2 ke 3 orang yang mengutip derma, so Adilah bagi mereka, semua dapat. Setiap Kali ke pasar bersama Asyraaf derma antara aktivitinya, sekarang kalau Aku lupa, Asyraaf akan mintak duit, mengingatkan Aku, Nak derma katanya. Asyraaf suka Dan dah jadi  biasa pada dia. 

Sekian, terima kasih, hahahahahaha

Jumaat, 26 September 2014

Baru Nak Bukak....



Alhamdulillah, ambik berkat Hari Jumaat ni, aku bukak buku Akaun Tabung Haji. Hahahahahaha...... memang agak lewat, orang lain ramai dah bukak akaun tabung haji. Aku terkedek-kedek.. tapi rasanya masa yang sesuai.

Puas memikirkan nak buka buku akaun Bank untuk menyimpan, Maybank untuk Gaji, Ambank untuk Sewa Rumah. Tapi selalu simpan, kejap lagi keluar, nak-nak bila tiba-tiba out station. Adeh!!!!! kacau betul....pening macam ni. So aku fikir, bukak buku Tabung Haji oleh kerana susah nak ambil kene ke akaun, boleh kalau keluar guna kad ATM lain, tapi tak nak la belajar.  Cadangnya nak simpan sikit jer,,,,, ini untuk simpan tak keluar-keluar.

Ingat nak aktifkan semula akaun bank rakyat, dulu digunakan untuk masuk kelim, jadi boleh le simpan kalau x pakai, tapi sekarang HQ tak nak, nak akaun gaji jugak. In Syaa Allah... Semoga Allah lumpunkan segala nafsu mata dan hati ni...Mudah-mudahan Allah, cekalkan hati ni... untuk terus menyimpan.... ada beberapa perancangan sebelum setahun aku tinggal di rumah. Aku nak menyimpan.... aku nak menyimpan... 

Aku dah pun ke Maybank, tanya mengenai bayaran online... Semua dah clear, terpulang pada aku nak simpan datang ke kaunter atau online je. Memang kene caj, tapi RM 1 je. Apa ada hal. itu pun nak kira, aura white beratus tak apa hehehehe...

Sempat juga simpankan duit raya Asyraaf, dia buku buku da lama aku bukak sejak dia kecik lagi, duit yg orang kasi dia dan duit raya dia aku simpan d sini je. Duit dalam tabung dia pun da beratus, elok je Aku susunkan dalam tabung, cadangan Nak bawak dia sekali hujung tahun ni Bihar dia tau mcmmane Nak simpan duit, sengaja nak ajar dia.




Aku di syorkan juga potong gaji, tapi aku fikir, masuk slip gaji tu yg tak best, kalau potong tapi tak masuk slip gaji boleh. Tapi tak tahan betul akak kat kaunter tu soalan!!!! pasal status la.... dah cakap IT, tanya lagi hidup ke mati, anak berapa.. tanya pulak naik motor ke kereta...  eh!!!! di luar urusan bank ler.... pening la soalan.... tak ya tanya boleh tak????? tak suka nak jawab tau... tapi terpaksa jawab... tanya pulak kije kat mana??? kan dah isi dalam borang.... baca lah buat apa suruh orang isi kalau nak tanya lagi... hukkkhukk.... aku tak selesa betul bila orang banyak soalan. Aku sendiri pun tak suka nak busy body pasal orang, aku dengan hal dan hidup aku..... boleh gitu .... hahahahaha.... Inilah aku....

Khamis, 25 September 2014

Hilang - Najwa Latif




Hilang

Aku hilang diriku
Sementara mengejar kamu
Aku hilang nyawaku
Kerna ku mahu cintamu

Dan aku hilang.......  Hilang

Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya

Milikmu oh milikmu

Aku ingin kau tahu
Dan sedar kewujudanku
Aku inginkan kamu
Lebih dari yang kau tahu

Dan aku hilang ....... Hilang

Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya

Milikmu oh...  milikmu

Dan mungkin kau takkan pernah sedari aku
Dan mungkin kau takkan sedar kewujudanku
Tapi ku ingin kau tahu
Ku akan mencintaimu

Dan aku hilang ....... Hilang

Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya


Milikmu oh milikmu


Dah banyak kali aku dengar lagu ni, hilang...hilang... apa yang hilang.... bila aku baca sebiji-biji, agak sentimental juga. Agak menyentap juga "Dan mungkin kau takkan pernah sedari aku". Apa pun semuanya biar Hilang .... layan je la....

Rabu, 24 September 2014

Pai Epal Macdonald



Memang jarang ke Macdonald, pertama kerana kurang minat fast food kedua Mcd bukan pilihan, biasanya ke KFC, itu pun dah lama tak pergi. Tetapi ada juga yang aku suka di McD ni Apple Pie dia. Maklum le tak pernah try sebelum tu, bila makan sedap pulak Apple Pie ni ranggup diluar, lembut didalam, makan panas-panas boleh melocot molot. Kene la dengan selera kampung aku ni.




Burger McD pernah juga try, masa bulan puasa, masa tak puasa hahaha, not bed la. Tapi aku kalau dah tak minat, memang tak de makne aku nak beli, tapi kalau orang nak belanja aku bedal jer.... nak makan pun bila rasa teringin, maka kekerapannya memang jarang.

Selasa, 23 September 2014

Sup Gear Box


Fuh!!!!!! rasa dah lama tak pekene Sup Gear Box ni, teringin tapi tak berkesempatan. Aku makan sup ni di 1 tempat je. Kat Tanjung Agas, betul-betul tepi jalan dekat lampu isyarat nak ke kawasan perindustrian. Gerai no. 7 yang baru buat.

Alhamdulillah minggu lepas hari jumaat dapat la aku singgang, makan dengan Asyraaf dan anak-anak buah, berempat je ke Muar, balik kampung kononnya. Merayap ke Giand kononnya, tapi perut tak berisi, so makan la, selepas merayap king hihihihi. 

Cerita pasal muar aku teringat kat akak Jah, 1 tempat kerja kat Hospital Muar dulu, teringin nak jumpa dia, raya hari tu datang tak de kat rumah orang lain pulak aku jumpa si botak king huhuhuhu. Masih tak berpeluang jumpa, In Syaa Allah aku nak pergi rumah dia Raya Haji nanti, itu pun kalau aku rajin nak balik. Entah kenapa aku kerap teringatkan dia, lama tak denagar khabar. Apu pulak banyak masalah sebelum ni. Ini dah ada kenderaan In Syaa Allah Moga Allah perkenankan.

Isnin, 22 September 2014

Kitchen Stickers Wallpaper



Semalam aku ada urusan di Muar. Bumi Muar yang kini gelarannya Bandar Diraja, dulunya tempat permainan aku juga walaupun lebih kurang 5 ke 6 tahun tinggal di Muar. Rumah pun dah ada di Muar, tapi disewakan, ada rumah pun 1 pelaburan juga kalau disewakan, biar orang duduk jangan momok yang duduk hehehehe. 





Antara tempat yang biasa aku pergi dulu di  One Stop Superstore, barang murah je, tu le tempat aku. Rupanya dah lama tutup, aku bukan main aku menunggu bukak, nasib baik pergi ke butik Peach, pekerja di situ yang bagi tau. Nasib baik ada lagi 1. Aku pergi kat tempat lain, yang dulunya pasaraya senyum tak silap aku. So nampak la Sticker Wallpaper. Memang ada 1 je, ok le tu. Macam-macam jugak aku beli, entah apa2 je la. Tengok le tu barang-barang kecil dibawah hehehehe... 


Stickers yang dalam kotak tu aku masih simpan lagi, ingat dan pasang wallpaper kat hall dan bilik Asyraaf, baru pasang Stickers ni. Pelan-pelan la.... semuanya kos. Ada rezeki boleh buat. Tak payah cat rumah. Jimat belanja.


Ini je la dapur aku simple je, yang penting barang-barang asas perlu ada untuk aku memasak.







Ahad, 21 September 2014

Hiasan Mini Di Ruang Penjuru



Eeemmmm.... ini lah hasilnya, berjalan-jalan ke Kaison. Kedai hiasan Rumah. MasyakAllah, teruja sungguh aku bila berkunjung ke kedai ini. Jauh jugak... huhuhuhu.... Ini le tempat yang sesuai untuk perempuan-perempuan macam aku. Sebab!!!! Aku memang cari idea untuk menghias rumah, bukan yang mahal-mahal, cukup pada kemampuan. Bila dah tau mana tempat nak cari, lepas ni ada butjet boleh le singgah selaku huah...huah...huah....!!!!....



Memang pilihan yang tepat, bukan sekadar banyak pilihan, harganya pun murah malah tempatnya pun selesa..acon... Asal tau tempat In Syaa Allah aku nak pergi lagi, banyak benda nak d beli huhuhuhu.... Aku menghias bukan sekadar menghias diri, rumah pun penting huhuhuhu.... Itu aku leeerrrrr.... lain orang, lain pendapat. Ada orang rumah sekadar tempat tidur... 

Kalau orang lain suka aktiviti riadah, berjalan sana sini menghabiskan duit. Aku punya aktiviti kemas rumah.... Pada aku ini lebih berfaedah, melabur duit untuk rumah pun rasanya lebih berfaedah. Sebab tu ada slogan "Rumahku Syurgaku" kalau balik rumah kemas, bersih dan wangi itu pun terapi yang menenangkan. Cuba kalau rumah tunggang langgang.... kepala pun pening........ Kepala aku la, kepala orang, orang punya pasal!!!! nak botak ke, nak pang ke .... nak lempang ke.... hwaaa....hwwaaa botak sangat.........



Mula-mula terbekenan dengan meja putih ala-ala english design, tapi tak kan sekadar meja yang mini tu, aku cari pulak bunga, tak de pulak yang sesuai, sebab meja tu kecil jer, jadi aku pilih la bunga kering, lebih mudah di jaga, eh tak payah jaga la... bio kan je. Dah bunga pasu pulak tak de, adeh!!!!! cari pulak, pening pulak nak hitam ke putih... Hitam je kan... 



Rancangnya nak letak di tempat lain, tub-tub aku letak kat suduh tepi ruang kosong penjuru di meja makan. Memang ruang nampak kosong, jadi tak menarik. Ini sementara je... Cadang nak beli Wallpaper ...In Syaa Allah.... Mudah-mudahan Allah Izinkan.

Khamis, 18 September 2014

Pencuci Lantai Aeon Big



Mula-mula dapat kunci rumah macam-macam nak dibeli termasuk pencuci lantai dan barang-barang asas yang lain, Oleh kerana nak jimat, beli je la pencuci lantai Big Value ni, biasa la produk AEON Big dah shopping pun di situ.

Perkara biasa bila cuti, antara aktiviti di rumah mengemop lantai. Bila selalu kerja hujung minggu, atau balik kampung. Perasaan ni lain macam. Dalam hati selalu kata "rumah dah lama tak mop". Kerja rumah memang sejak sekolah lagi dah buat, memang tak kekok dan bukan pelik. Cakap dengan kawan kat opis pun dia bising, "sebok je dengan rumah dia" kan!!!!! Aku memang manusia yang suka duk rumah, kemas2.

Selepas menggunakan pencuci ni, aku terus menggunakannya, selesa dengan wangiannya, walaupun bukan produk yang glamour... kan!!!!!. setiap pencucui tak sama, ada yang meleket selepas di mop, kerana itu terus gunakan pencuci ini, yang penting memudahkan.

Rabu, 17 September 2014

Sambal Kicap

Bahan :

1. 3 biji bawang putih
2. 9 tangkai cili merah
3. 1 mangkuk kecil kicap kipas udang


Caranya :

Tumbuk bawang putih dan cili merah, setelah hancur masukan kicap. Eeemm.... sedap boleh buah cecah dengan makanan lain seperti tempe, goreng pisang dan apa jua yang seangkatan dengannya, malah boleh juga makan dengan sup.... fuh!!!! maworlow........ 

Selasa, 16 September 2014

Bantal Dreamland


Dah lama Nak beli bantal, maklum le bantal yang ada dah lepar.  1 lagi batal2 yang macam di hotel ni bukan murah. Aku nak cari bantal macam kat hotel tapi murah. Kalau aku jadi salesman Aku suruh  buat sendiri, banyak cantik Nak kualiti, tapi Nak murah!!!!! Hahahahahaha itu pasal tak beli2, hand beg mahal boleh beli, bantal hari tak mampu. Hahahaha yang penting membeli ikut keperluan.

Akhirnya, kebetulan jalan-jalan ke giand nilai, mass belajar bawak kereta dulu itu. Aku ternampak bantal. Harganya pun tak de le berpuluh2, sampai 40_50hinggit. Yang ini baru Bela San hinggit je. 

Bantalnya sungguh padat dan gebu. Memang tak menyesal beli. Aku nak beli lagi, tak cukup 2. Beli untuk standby kalau ada orang datang. Tub2 sabtu Akak Aku dari seremban datang, da sampai rumah baru cakap nak tidur. Nasib baik dah ada  dua biji tu. Tidurnya kat hall je, Nak buat macam mane, Rumah Aku memang tak de apa, bilik Asyraaf je full faniture. Bilik lain, dalam perancangan, ada butjet beli. Kalau tak de, kosong je la jawabnya.

Jadi apa pun keadaan beli pada masa harga murah. Kalau mahal cukup sekadar tengok. Huhu.... Pakai baju ukur badan sendiri.

Ahad, 14 September 2014

Memasak Sahaja!!!!!!!!!!!!



Aku dari awal bulan ni, asyik memasak je, kawan datang rumah, masak bawak opis. Akak pun datang rumah. Terasa penat jugak. Barang-barang dapur baru le gerak sikit, kalau tak beras berbulan tak habis-habis. Lada kering sampai belapuk. Kicap sebotol tak habis sebulan. Lauk Pauk pun asyik membeli dan berbelanja je..... 

Antara manu yang sering di masak, ikan asam pedas, daging deng deng. Hehehehehe!!!!! siap ada yang mintak bawak daging deng deng. Yang mintak resepi pun ada. tu mesti sedap hehehehe....



Tak pernah-pernah bawak makanan ke opis pun, naik kije bawak, tu pun sebab bos komen kat FB mintak bawak nasi goreng. Tub2 dia tak datang kan!!!! Nasib baik ada orang lain tukang makan. Bos makan siap tanya siapa masak, agak2 le nak tanya ek!!!! ingat aku ni gaji ribu riban ke????  nak menggajikan orang. Kalau bukan air tangan aku, tak kan puntianak dibam-dibam pulak yang memasak Macam2 ek!!!. Boleh bukak kedai bos kata, sedap le tu!!!!!! hehehe apa2 je la.

Memang seronok bila apa yang kita masak orang makan bertambah, tanda-tanda masakan sedap bila orang makan bertambah.... huhu... tak cakap pun tak pe... lidah atau deria rasa ni tak boleh menipu kalau makan lauk tak sedap, orang tak akan tambah. hahahaa... boleh gitu...



Jumaat, 12 September 2014

Sesal Separuh Nyawa - Alyah




Sesal Separuh Nyawa

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada ku lupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit ku teruskan
Engkau jauh ke hadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh sayangmu di hati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu.. kannya

[*] Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


Repeat [*]

Hilang…

Rabu, 10 September 2014

Pencuci Khusus Wanita Sumber Ayu


Dulu-dulu Aku tak guna sebarang pencuci. Takut sebab miss V adalah tempat yang sensitif. Salah langkah boleh menimbulkan atau mendatangkan masalah. Lagi pun Aku tak de masalah, so anggap memang tak penting.

Aku mula gunakan pencuci ni, semasa berkursus dengan kawan2 di pontian. Ada la sorang akak tu cakap bagus la, itu la, Ini la. Aku terpedaya le jugak. Hahahaha tak pe untuk kebaikan, harganya pun bukan malah.

Sekarang ni kalau dia hitung2, agak lama juga menggunakan pencuci ni, Dan selepas gunakan Ini, baru ada kesedaran bahawa, serial wanita perlu guns pencuci khusus untuk miss V, walaupun tak ada masalah. Ia seperti kita mandi memerlukan sabun sekurang-kurangnya, kalau tak bersabun mandi setakat basahkan badan, manager nak bersih. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Kita mandi nak bersih, nak wangi, Nak dental segala daki yang ada, baru ke terasa kesegarannya. Ha!!!!! Begitu juga la miss V. Selain membersih, baunya pun sedap. 

1 perkara lagi, mencuci miss V, tak perlu selalu atau kerap, sehinggakan setiap kali buang air, mesti cuci dengan pencuci. Kerana miss V ada baktirea baik yang melindunginya, dan kekerapa cucian boleh menyebabkan baktirea jahat mudah memasuki kawasan miss V, yang boleh mendatangkan masalah bau dan sebagainya.

Selasa, 9 September 2014

ubat Gigi safi


Ubat gigi antara yang terpenting dalam hidup setiap manusia yang mementingkan kebersihan, khususnya mulut atau gigi. Ada juga manusia zaman moden ni, tak reti nak gosok gigi, pelik tapi benar, Ini la dunia, bermacam ragam manusia boleh ditemui. 

Pilihan aku yang sering digunakan ubat gigi safi, juga lama menjadi pilihan. Ubat gigi untuk membersih Dan mencuci atau lebih Judah seperti shampoo badan membersihkan. Ubat gigi bukan memutihkan. Iklan bermacam jenama ubat gigi, langsung tak mempengaruhi aku. 

Sama jugak seperti iklan produk lain. Eksen je lebih, habuk pun tarak,  nafaz berbau kerana masalah individu itu sendiri, bukan ubat gigi, perut lapar pun sebenarnya menyebabkan mulut berbau. Jadi  talk perlu terpedaya dengan iklan, hari la macam Aku yang kita jati dari talk Judah dia hasut Dan dia pengaruhi, sebab itu Aku guns ubat gigi ni bertahun lamanya. Hahahahahahaa..... Boleh gitu!!!!!!!!!

Ahad, 7 September 2014

Aura White Glutathione Collagen


Daripada soy collagen, Aku bertukar ke aura white pulak, ingat Nak try je, tapi dah 3 bekas Aku gunakan. Aku memang talk terfikir Nak guns aura white ni, al maklum le mahai wei!!!!!! Ini kerana " jom heboh" Yang di buat di putrajaya. Terpengaruh Aku!!!! Kerana dapat baju t-shirts. Dalam hari fikir cukup ke ni yang pertama Dan terakhir, huhu....

Tapi sebenarnya, kos antara soy collaagen dengan aura white, lebih kurang, aura white lebih mudah, tak perlu memasak air, gunakan air sejuk aka air masak, bezanya aura white ni tak boleh gunakan air panas, kerana bombing zat2 yang ada dia dalamnya hilang.

Apa yang membuatkan Aku terus menggunakan aura white ni kerana bau di badan hilang selepas sebulan Aku guna. Selainnya tak nampak ada kesan. Sebabnya Aku baru terbaca, yang kene  minum air kosong sebanyak 3ml hinggal 5ml. Mungkin kerana itu kesannya kurang, Putih!!!!! Memang tak la. Kebaikannya seperti dia bawah:


KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 900,000MG 
~50% pencerahan ketara dalam masa 1-2mggu jika anda mengamalkan secara konsisten..
~pemulihan kulit yang rosak dan bermasalah
~kulit lebih anjal dan cantik
~atasi kedutan dan garis halus
~pencerahan kulit yang lebih cepat
~mengetatkan liang roma
~menguatkan kuku dan rambut
~menguatkan sistem imunisasi badan
~membuang toksin dalam badan
~atasi masalah jerawat dan jeragat
~awet muda dalaman dan luaran
~tiada lagi sakit sendi
~mengandungi prebiotik 5x stem sel
~sesuai bagi ibu mengandung
~dengan nutrien yang tinggi dapat membantu tingkatkan pengeluaran susu ibu
~kecantikan kuku dan rambut
~memberi tenaga yang optimum
~kurangkan kolestrol~hilangkan parut dan selulit
~atasi rekahan tumit kaki
~tidur yang berkualiti
~melawan radikal bebas
~sesuai untuk lelaki dan wanita

**Wajib minum air kosong 3-4liter sehari untuk kesan yang lebih cepat.



Sabtu, 6 September 2014

Masa Untuk Berjalan



Sejak dari selasa aku bercuti panjang, bukan ke mana pun, sekadar hantar asyraaf pergi dan balik sekolah. Memang nak berehat, penat kije dari 28hb sampai 01hb, pagi ke petang ke malam, masyakAllah penat. Rumah pun tak terurus, da macam hotel, jadi tempat tidur je.



Hari ni, sempat berjalan ke mines, shopping compleks yang memang besar le jugak. Bukan shopping pun, nak karaoke je. Punya le jauh, alamanda pun dekat.

Oleh kerana si teruna tak makan lagi, pergi le makan dulu. Dia nak makan, makanan jepun, aku pulak nak makan di the chicken rise shop, kebetulan ada voucher makan.


Aku bilang sama dia Aku ada voucher, heheheheh ingat RM30 rupanya RM40. Tapi Aku guna RM 20 je. 

 Dia mengalah le jugak. Kalau ikutkan dia Aku yang pening kepala, sekejap nak ke situ, sekejap nak ke Sini, sekejap lagi aku bagi penumbuk baru tau!!!!!!!. Susah kalau hati orang tak tetap pendirian, dah beberapa kali Aku perhatikan. Dua tiga kali macam tu aku mula naik hangin, sound terus je. 



Jumaat, 5 September 2014

Ellips Hair Vitamin


Iklanya "shampoo untuk membersih ellips untuk menyihatkan", lebih kurang gitu le ayatnya huhuhuhu... Katanya, vitamin untuk rambut kan.

Khamis, 4 September 2014

Da 8 Tahun

Secret Recipe Chocolate Indulgence

Tanggal 03 September 2014, maka genap usia Muhammad Asyraaf Azman 8 tahun. Besar dah, dia le kawan gurau kawan gaduh. Molot tu pun boleh tahan banyak cakap. Pandai nak bercerita, masa nak bercerita pulak masa aku nak tengok berita, kejap lagi aku suruh senyap.




Dah pandai cakap pasal cita-cita, kejap nak jadi itu, kejap nak jadi ini, kejap lagi aku yang jadi pening, dia nak jadi apa ni sebenarnya?????, kalau jadi orang yang serba boleh tak pe banyak bagusnya, macam ibu dia, lady gagah.... hwaaaa kah..kah...kah...



Dia suka tengok orang berniaga, bila selalu ke pasar malam, berkali-kali dia cakap nak berniaga. Bagus le tu. Pernigaan adalah digalakkan dalam Islam. Tapi berniaga tu mula dari bawah, naik ke atas. Bukan dari bawah dan macam tu tak berubah tak de kemajuan. Hidup mesti ada perancangan, visi dan misi.... dah macam jabatan kerajaan pulak dengan visi dan misi.... tambah lagi objektif pulak... hahaha.....



Tak pe la, yang penting sekarang dia belajar dulu, ilmu agama yang asasnya mana aku tahu aku ajar, yang penting solat 5 waktu dulu, Alhamdulillah tahun ni pun Asyraaf puasa penuh. Walau akademiknya agak merundum, tak pe la, baru darjah dua, nak tegas sangat nanti beri tekanan pulak pada dia. Tapi dia pun ada hasrat nak masuk tahfiz, dia pun belajar agama terang hati berbanding akademik. Bagus jugak tapi nanti dia kene berdikari, makannya, pakaiannya, dan aku nanti tak de le teman kalau dia masuk asrama. Kesian Aku!!!!!





Teringat tahun lepas, itu le selama 6 bulan terpisah, selama ni tak pernah berenggang dengan aku, dan paling sedih aku call ucap Selamat Hari Jadi, seboleh-boleh suruh aku balik belikan kek untuk dia. Memang setiap tahun jadi 1 kemestian untuk dia potong kek, anak beranak je, tak de pun buat jamuan, tak ada hadiah.... cukup sekadar ingat dia punya hari jadi bila sampai masa. Terpaksa le aku call Abah dia, abah dia pun tak ingat. Abah dia yang datang memalam ke tangkak beli kan kek, tiup lilin kononnya.



Tahun ni dapat la sambut bersama pada sebelah malam, hari sekolah, bagi ucapan je dulu, kata semangat. Beli kek pun 2 potong je mencukupi itu pun tak habis, kek beli dan makan sekali di secret recipe, nama pun omputih makan pun western food ler gamaknya. Daya tak daya, aku habiskan jugak, walaupun perut kekembungan. Asyraaf je p
andai order tapi habis tak jugak.




Apa yang penting dia happy dan aku ada disisi dia.  Semoga dia menjadi anak yang soleh bertanggungjawab pada keluarga, agama, bangsa dan negara. Amin!!!!! Selagi hayat di kandung badan selagi itu doa ibu akan dititipkan buat anak yang seorang ni.

Tinggal kenangan untuk tatapan Asyraaf pada masa akan datang.