Ahad, 21 Julai 2013

Tak Jumpa............


besar beg, lom balik raya lagi!!!
Tanggal 19 Julai 2013, 10 Ramadan telah berlalu, aku baru ada peluang untuk balik ke Kampung. Berkobar-kobar hati aku nak jumpa bujang aku yang sorang tu, mengalahkan orang bercinta yang nak berjumpa kekasih hati pulak.

Memandangkan bulan puasa ni, aku isi borang untuk balik lebih awal setelah puas berfikir semata-mata ingin berbuka dengan anak dan lain2 di kampung.

Sempat keluar duit, Alhamdulillah!!!!! tak sangka kelim da masuk tak tau le OT ke TNT, belasah je la, tersenyum simpul aku boleh le aku beli keperluan Asyraaf, aku dah cakap balik nanti nak beli baju raya dan sebagainya untuk dia, rezeki Allah tepat pada masanya. Semalamnya aku dah call Asyraaf bagi tau tunggu  aku balik, maklum le dia kalau abah dia ambik dia tak nak balik umah atok dia, entah apa masalah aku pun tak pasti, mungkin kerana dia rasa tak de orang tempat dia bermanja selepas ketiadaan aku disisi dia. Tapi bila aku balik dia macam biasa je, setiap kali call pun aku selalu tanya ada apa2 nak cakap dengan aku ke tidak.

Dalam perjalanan bas pulak rosak, releks je la, nak buat mcm mane..... lama jugak menunggu ada jugak yang hangin sebab kerosakan bas, ikutkan aku pun nak cepat juga, tapi nak buat macam mane redha je la.... layan perasaan sendiri je la.

Belum sempat aku sampai kampung, call mak aku yang jawab, Asyraaf tak de ikut abah dia balik BP. Memang sakit hati dan macam disengajaan. Aku rasa Asyraaf bagi tau bapak dia aku nak balik dan macam tak de hari2 lain. Tak pe la redha je. Kalau aku tau awal tak akan aku balik kampung setiap kali balik dalam RM50++ lom yang lain2 lagi.

Macam biasa la, dia tak de, tapi tetap ada cerita pasal dia kesian lagi sedih aku, cerita pasal kasut sekolah dia, ketawa, ketawa jugak tapi sayu  dalam hati, Asyraaf takde tempat nak mengadu bila ibu dia jauh. Sepatu dia memang tak de tali kasut, aku tak tau mana letak. Tak sangka pulak dia nak pakai kasut tu, tali beg kertas pulak nak di letaknya kat sepatu, macam2 bujang aku ni, serba sedikit dalam segaja atau tidak dia belajar berdikari, mungkin payah bagi budak seusia dia.

Yang paling aku sakit hati, Sabtu cuti ganti, sah-sah Asyraaf tak sekolah, punya ramai orang kat rumah tu sorang pun tak perasan. kalau aku ada memang tak cuti Asyraaf, segala keperluan dia cukup aku sediakan.

Sekarang semuanya tunggang langgang, kerja sekolah tak siap, baju sekolah tak bersih, baju sekolah koyak, selalu ponteng ngaji, gigi tak bergosok. Ternyata, aku sorang mampu laksanakan tanggungjawab aku untuk menjaga anak, kalau la aku mati rasanya Asyraaf tak akan dapat penganti ibu dia, seperti aku.

Kebiasaanya kalau aku balik kampung, bukan masa untuk rehat, semua buku sekolah Asyraaf aku semak, yang tak siap memang dia kene buat, suka @ tak, pencil box dia aku tengok apa yang kurang pensilnya, pembarisnya, gamnya, pemadamnya color dia aku korekkan.

Sebelum aku balik ke Putrajaya semula, sempat juga la basuh sepatu sekolah, belikan tali kasut, belikan sepatu sekolah yang baru dengan stoken sekali. Tapi aku tak sempat iron baju sekolah Asyraaf.

Kesimpulanya aku tak dapat bersua muka dengan dia lagi untuk minggu ini.

Khamis, 18 Julai 2013

Pertemuan & Perpisahan



Dalam hidup ini perkara yang menjadi kenangan manis dalam ingatan adalah sebuah pertemuan. Pertemuan adalah takdir yang tidak dirancang tetapi, bertemu adalah sebuah perancangan dari sebuah pertemuan. Pertemuan bukan titik noktah dalam perhubungan kerana tidak semua pertemuan berakhir dengan gembira dan bahagia kerana takdir Allah penentu segalanya.

Pertemuan yang lebih mesra kepada perkenalan, mewujudkan sebuah perhubungan yang memberikan pengalaman. Dari perkenalan bermacam ragam manusia dapat di nilai dan di kenali. Siapa kita dan siapa dia di mata masing-masing dan apabila niat, matlamat dan keinginan berbeza maka perhubungan berakhir di pertengahan jalan dan mengakhiri sebuah perhubungan.

Sebagai manusia yang mempunyai hati, sedikit sebanyak hati tetap terusik, namun keredhaan atas takdirnya mampu menyedarkan bahawa mungkin ia bukan yang terbaik untuk kita atau mungkin pengajaran yang menduga kekuatan diri dalam mengatasi segala permasalahan yang wujud.

Yang sebenarnya, ia merupakan pengalaman. Tidak seharusnya ada dendam dan benci, malah harus menghormati pendirian setiap kita, kerana inilah takdir-Nya.



Isnin, 1 Julai 2013

Peluang..............


Siapa sangka dalam keadaan aku berperang dengan perasaan, kerja, anak, kesihatan dan segala macam masalah. Tiba2 aku dimaklumkan ada orang yang sanggup tukar suka sama suka dengan aku. Tiba2 kepala aku yang sakit ni, terasa lega!!!.

Kalau la aku tukar ke Muar, memang banyak senang, rumah dah ada, dekat nak balik kampung, kerja pun bukan sebok sangat ertinya masih boleh uruskan anak bujang aku tu. Aku dah rasa betapa sedihnya bila sendirinya di Putrajaya ni.

Hidup baru aku di Putrajaya ni tak ubah macam halimunan hahaaha.... mana tidaknya, ke tempat kerja aku sendirian melayan perasaan senyap seribu bahasa, bila sampai di opis baru la jumpa kenalan, memang ramai tapi dalam bab kerja jer dan di pejabat je.

Apabila ke luar bangunan aku sendirian, berjalan, berlari anak ke tempat tunggu bas. Sampai rumah lebih berborak dengan kawan sebilik jer, kawan yang lain2 tu kalau keluar bilik ada le borak, kadang aku sendiri pun malas nak keluar bilik.

Pendek cerita apabila aku di luar memang sendirian, Alhamdulillah aku dah tau selok belok di untuk balik ke Kampung itu yang penting. ke Alamanda tengok je la bas kalau LED kat bas tu ke alamanda naik je la mesti sampai. Itu pun baru sekali aku ke sana, itu pun sebab nak keluarkan duit.

Aku suka kerja di Putrajaya ni, cuma yang aku tak suka bila out station, tengah2 panas berjemur tengokkan krew bertugar pasang P.A. untuk show, aku selalu diserang sakit kepala, sejak aku dapat tau aku ditempatkan di PENTARAMA. Barangkali aku tress agaknya.

In Syak Allah, kalau sanggup aku tukar le, walaupun dalam hati ni dah tak mau tinggal di Johor lagi.... merajuk sudah... hahahaa...