Khamis, 30 Jun 2011

Honda Icon

ini bukan moto aku, tapi moto aku sama macam ini


hanya inilah sahaja pengangkutan yang aku ada, ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, atau bawa mak jalan-jalan bersama anak. Banyak berbakti kepada aku walaupun ia hanya sebuah motor.



Kalau diimbas kembali niat untuk membeli motor ni dah lama dari anak dara lagi, tapi oleh kerana takut nak berhutang, tak ada la nak beli. Sehingga sampai tanggal 24.03.2009 aku beranikan diri untuk beli motor ni, ingat dan beli cash tapi duit banyak dilaburkan untuk rumah baru, jadi hutang la jawabnya. Pada bulan September 2011 nanti habis la hutang aku.



Cerita pasal motor ni sebenarnya aku belum bayar lagi, duitnya ada, masalahnya aku di Tangkak dan kedai motornya di Bakri Muar, punya le jauh kan!!!! pulak tu macam-macam majlis kat Tangkak ni sampai tak sempat nak ke Muar.




Selasa, 28 Jun 2011

Sedih Henset Kesayangan Hilang

Sony Ericsson-W100i-Spiro




henset inilah yang hilang....


Kerana tugas iaitu Raptai Juruacara Sempena Karnival Biotek Johor di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pada 23 Jun 2011 yang lalu sangat membuat aku terkilan, mana tidaknya henset kesayangan hilang pulak.


Aduhhh!!!! sedih betul , walaupun murah tapi henset tu cute dan aku beli henset tu kerana warnanya yang sama dengan warna moto skuter aku, aku beli henset tu sempena hari jadi aku sendiri pada bulan 2 yang lalu, tak sangka pakai beberapa bulan dah hilang, ini henset ke dua yang hilang, pertama pada September 2006.


yang bestnya henset ni boleh bluetooth jadi bila aku ambil gambar menggunakan henset aku bluetooth ke notebook aku dan save ke pendrive. Apa nak buat bukan rezeki aku, memang kecuaian dan kesalahan aku, walaupun dah hilang dan ada henset yang baru, tapi aku rasa macam aku boleh dapat balik aje henset ni...... tengok la pada keadaan, kalau Allah mengizinkan untuk aku jumpa semula henset tu, maka jumpa lah, jika diizinkan tu jer.......

Isnin, 13 Jun 2011

Apabila anak sudah ke sekolah




Bila anak dah mula ke sekolah bertambah lagi satu tanggungjawab sebagai ibu untuk mengajar anak selain guru. Tercabar juga kesabaran bila anak tak mau buat kerja sekolah, bukan mudah nak memujuk, malah masa yang singkat hanya pada sebelah malam sahaja untuk tunjuk ajar anak, jika lewat anak akan tidur dan pada sebelah siang tak sempat untuk mengajar dia kerana komitmen dengan kerja yang sedia ada.

Tapi Alhamdulillah setelah memahami sikap dan perangai anak sendiri, baru lah aku tau macam mana nak anak aku terus buat kerja sekolah yang dibawa balik. Aku bersyukur "alhamdulillah" Asyraaf mudah, tapi ada caranya, kene layan dia betul2 dan berlembut selalu. Dengan cara itu dia akan buat kerja sekolah.

Apa yang lebih baik, dia sendiri yang suruh kita bacakan untuk dia. Mudah-mudahan anak ibu, Muhammad Asyraaf akan berjayapada masa akan datang. Amin!!!!....

Selasa, 7 Jun 2011

Dan Sebenarnya - Yuna



oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

Ahad, 5 Jun 2011

Ayat Itu Menyakiti



kisah ini tiada kesudahan

kehidupan perlu diteruskan
penerimaan tak semudah unagkapan
namun peluang tetap diberikan

persoalan menghantui benak fikiran
dimana letak keikhlasan dan kejujuran
jika kata-kata mendukacitakan
kerana ayat itu cukup menyakitkan

cukup jelas apa yang dikatakan
cukup terang maksud yang disampaikan
tapi mengapa masih sukar untuk dimengertikan
lantas menyalahi aku dalam kesakitan

kerana salah pengertian
Lantas mengundang baris-baris ayat
yang cukup menikam hati dan perasaan
cukup untuk menitiskan air jernih

atas kesedaran itu, aku putuskan
menjauhi lebih baik mendekati
melupakan lebih baik dari mengingati
menyingkirkan setelah cuba menerima

hati sendiri masih tiada penawar
bagaimana untuk menjaga hati yang lain
kerana mengerti siapa diri ini
aku cuba jauhi apa yang aku hadapi

cukup la... cukup sudah derita hati dirasai...
tak ingin dihadapinya berulang kali
cukup aku mengerti dimana dirinya aku
dan aku tak mau diganggu lagi

Sabtu, 4 Jun 2011

Kesakitan Tak Terawat





Lumrah duniawi ada pahit dan manisnya yang merupakan asam garam kehidupan. Kesakitan ini masih tidak terawat, tak terubat. Hanya masa yang mampu melupakan segala kepedihan. Bukan keinginan untuk melalui semua ini, hanya keredaan yang mampu dikatakan.

Rasa ni tidak semua lalui, hadapi mahupun alaminya. Rasa ini masih terasa dan sukar dilupakan. Rasa ini sukar difahami bagi yang tidak melalui. Rasa ini menyulitkan hati dan perasaan untuk menerima kemungkinan yang akan datang. Rasa ni sukar dimengertikan. Rasa ini adalah kesakitan yang tak mampu dirawat lagi dan rasa ini akan di bawa hingga ke hujung nyawa nanti. Terima kasih atas segalanya.......