Seronok bila tengok anak seronok nak ke sekolah. Alhamdulillah anak aku tak banyak masalah boleh ditinggal tanpa perlu ditunggu.
Selasa, 26 April 2011
Jumaat, 15 April 2011
Inilah Rumah Idaman aku......
Bercerita mengenai rumah, masih-masing pasti menginginkan rumah idaman sempurna dengan kemudahan yang ada, parabut mewah hiasan yang mahal dan kalau boleh ada taman dan air terjun sekali.
Tetapi bagi aku, apa yang telah aku ada, sudah cukup. Semua keperluan mengikut kemampuan, InsyakAllah kalau ada rezeki akan aku realisasikan seperti mana yang diadam-idamkan, yang nyata perlu bersabar.
Inilah kediaman yang tak seberapa, dalam usia belum mencecah 30 tahun aku sudah memiliki kediaman sendiri, Alhamdulillah kerana apa yang aku idamkan telah aku miliki lebih awal dari jangkaan. Semuanya atas IzinNya. Yang pasti susun atur, menghias, warna cat adalah idea sendiri mengikut tema yang aku tetapkan sendiri.
Bila di rumah rasanya memang bidang tugas aku untuk memastikan, kebersihan, kekemasan malah masak pun adalah tugas aku. Ia merupakan kepuasan bila tengok rumah berada dalam keadaan terjaga, walaupun sebok bekerja Alhamdulillah tanggungjawab di rumah, aku tak lupa.