Sabtu, 29 Januari 2011

Masa Cuti Masa Untuk Anak


Seperti biasa hari sabtu, aku melayan anak aku yang sorang ni. lama rasanya tak memasak, jadi aku ambil peluang untuk memasak untuk anak aku, dan aku tahu anak aku suka masakan aku. Apa dia ya!!!! ha..... "ayam masak dengdeng". Asyraaf makan sungguh berselera, dia meratah ayam 2 ketul tu. Kemudian ibu suap Asyraaf makan nasi pulak dengan sayur kangkung, juga sayuran kegemaran Asyraaf.

Dia semakin membesar dan semakin faham dengan keadaan sekarang ni dan mudah di atur, bila dia tunjuk degil senang je ungkapan aku "Asyraaf tak sayang ibu eh!! nanti abah marah ibu" cepat2 dia dengar cakap ibu dia Alhamdulillah walaupun dia seorang anak aku... tapi aku bersyukur sangat walaupun dia kecil seusia 5 tahun tapi ada kematangan pada sikap dan perwatakkan dia. Apa yang aku harapkan dia menjadi seorang anak dan seorang lelaki yang bertanggungjawab pada diri, agama dan keluarga.

Jumaat, 21 Januari 2011

Asyik Sakit Kepala Aje....




Kebelakangan nie, aku asyik sakit kepala je. Kenapa la agaknya, kadang2 rasa nak pecah kepala nie. Ada kemungkinan banyak fikir, atau mungkin ada kemungkinan yang lain aku sediri pun tak pasti. Nak periksa jumpa doktor malas. Biasalah aku!!!! memang tak suka jumpa doktor segan, makan ubat pun malas. Tapi bila terasa sakitnya memang akan aku telan juga la panadol, itu da tahap tak tau nak buat apa la tu.

Kerja pun tak ingat, apa yang bos suruh dua tiga kali baru nak buat, terhegeh-hegeh, nak buat macam mana dah tak ingat. Jadi sementara ingat sebelum lupa aku buat sesegara boleh.

1 perkara lagi aku memang tak tahan dengan bau asap rokok, masyakAllah memang tak tahan la kalau duduk kat dalam opis nie, aku pulak memang kerjanya kat dalam opis tak gerak ke mana2. Jawabnya ngadap je la, sampai baju dan tudung aku pun bau rokok jugak, aduhai inilah bahana dunia.



Apa-apa pun anak, aku tetap ingat walaupun tidak aku hadap dia setiap hari, InsyakAllah, semuanya akan berakhir walaupun aku sendiri tak tahu bila masanya. Aku tetap doakan dia, untuk kesejateraan dan masa depan dia InsyakAllah mudah-mudahan Allah menerimanya. Semoga keredaan ibu akan memberikan kesejahteraan untuk Muhammad Asyraaf.