Isnin, 23 November 2009
Manik Jurai di lengan Dan Tabur di dada
Inilah antara jahitan yang terkini, sangat memuaskan hati, apabila kerja tangan sendiri terhasil. Fokus di berikan di bahagian lengan dan dada.
Khamis, 19 November 2009
Manik Pangkah
Jahitan manik nie dah lama juga, tapi ini antara kesukaan aku, kerana ia menarik dimata aku, walaupun tak terdapat pada oang lain yang menjahitnye kerana ia adalah idea sendiri.
Rabu, 18 November 2009
Juraian Manik
Jahitan manik ini tertumpu di bahagian lengan yang mempunyai 2 lapisan kain. Kain merah yang dibahagian dalam yang lebih panjang dihiasi dengan jahitan manik pintal dengan 2 warna iaitu merah dan kuning.
Manakala lapisan ke 2, kain kuning di hiasi dengan jahitan manik separuh bulat dengan 2 juraian menggunakan 2 warna berbeza.
Yang terakir sekali jahitan ini diakhiri dengan jahitan naik panjang sebaris, dan inilah hasilnya. Idea dari melihat surat khabar majalan, kemudian terhasilnya jahitan ini, khas untuk bahagian lengan.
Isnin, 16 November 2009
Melodi Manik Pintal
Jahitan manik ini dimulakan dengan jahitan manik pintal. Apabila siap manik pintal, jahitan di sambung dengan jahitan manik naik turun dengan gabungan 2 warna denganberselang seli. Akhirnya jahitan manik ini aku namakan sendiri melodi manik pintal.
Jahitan ini fokus di bahagian pergelangan tangan |
Khamis, 12 November 2009
Manik Pintal
Ini adalah antara jahitan yang terbaru, manik pintal mengunakan hanya 1 warna sahaja. Lebih cantik kalau ada 2 atau 3 warna.
Rabu, 4 November 2009
Manik Jelujur
Jenuh jugak nak jahit manik nie. Yang buat susah kerana nak jahit satu persatu. Apa pun bila dah siap, memuaskan. Kenapa saya namakannya sebagai manik jelujur, ini kerana ia serupa dengan jahitan jelujur.
Ahad, 1 November 2009
Manik Susunan Ringkas
Jahitan manik ini di buat kopi dari baju beli dah siap jahitan manik. Mudah saja dan cepat siap.
jahitan di pergelangan tangan |