Inilah jahitan manik yang pertama sekali, ia sebenarnya untuk melindungi jahitan mesin di bahagian lengan. Jahitan ini di bahagian lengan dan kaki baju, dan dibahagian hadapan baju, jahitan manik mengelilingi bunga.
Sabtu, 31 Oktober 2009
Selasa, 27 Oktober 2009
Manik Tabur
Jahitan manik bertaburan, masa nie tak ada idea, jadi apa yang terlintas di fikiran itu lah yang terhasil. Tak seberapa pun, sebab nak cepat.
Isnin, 26 Oktober 2009
Labuci Tersusun
Dimulakan dengan jahitan labuci mengelilingi lengan, kemudian dihiasi dengan sedikit manik diatasnya. Ciptaan sendiri, sebab itu tak cantik.
\
\
Jumaat, 16 Oktober 2009
Sirap Bandung Pandan
Bahannya :
1. Tin ais krim soda
2. 1/3 camca pewarna hijau
3.
1/3 canca perisa pandan
4.
1/2 cawan susu cair
5.
Secubit garam
5.
Air batu secukupnya
Caranya :
Mudah sahaja masukkan
air batu didalam gelas, masukkan pewarna, perisa dan sedikit garam, kemudian
masukkan ais krim soda dan susu cair sambil dikacau. Apabila sudah sebati ia sudah sedia
dihidangkan.
Rabu, 14 Oktober 2009
Manik 2 Lapis
Jahitan manik ini mudah sedikit, dan dua lapis dengan jahitan manik yang sama. Hanya menggunakan dua warna manik yang berbeza dimula dan diakhiri dengan labuci warna tanah baju. Senang je nak buat jahitan manik ini.
Isnin, 12 Oktober 2009
Labuci Tersusun
Jahitan ini mengunakan lebih banyak labuci yang pelbagai warna dan sedikit manik. Jahitan ini di bahagian tangan atau lengan baju.
Selasa, 6 Oktober 2009
Manik Bersilang
Jahitam manik ini di bahagian tangan sahaja, masa nie baru nak belajar, dan ia merupakan idea sendiri kerana ia datang dengan sendiri.